Selepas mencatat kejayaan menerusi musim pertama dengan 515 juta capaian media sosial dan 3.2 juta jumlah tontonan, TV3 kembali mempersembahkan Purina Felix Cat Fashion Week untuk musim kedua.

Program fesyen bertemakan kucing pertama di televisyen ini tampil dengan tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda”, yang meraikan pesona, kecomelan dan personaliti unik setiap kucing bersama pemilik masing-masing.
Musim kedua dimulakan menerusi “Pencarian Online Runway Supermeowdel 2.0” yang berlangsung dari 20 Julai hingga 28 Ogos 2026. Sebanyak 50 penyertaan diterima dan sesi uji bakat dalam talian itu berjaya meraih 95.6 juta capaian di platform digital.

Daripada keseluruhan penyertaan, 20 gandingan pemilik dan kucing mara ke Sesi Separuh Akhir yang berlangsung pada 6 September 2026 untuk merebut hanya enam tempat ke pentas akhir.
Di pentas Separuh Akhir, setiap meow-del tampil bersama pemilik masing-masing menerusi tema, pakaian dan aksesori yang mencerminkan karakter tersendiri.
Penyertaan kali ini turut menampilkan pelbagai baka seperti British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face serta kucing kampung.

Menariknya, pertandingan ini bukan sekadar soal siapa paling bergaya. Keserasian antara kucing dan pemilik, personaliti, kreativiti serta cara pemilik menyerlahkan keistimewaan si bulus turut menjadi antara aspek yang dinilai.
Tiga juri berpengalaman diberi tanggungjawab menentukan enam gandingan terbaik, iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar Malaysia yang berpengalaman dalam penjagaan haiwan kecil dan eksotik serta aktif dalam pendidikan kesihatan dan kebajikan haiwan Yuen Wai, wakil Malaysia daripada Fédération Internationale Féline (FIFe) dan Mark Adam, penyanyi, pelakon serta pencinta kucing.

Bagi Dr. Ima, kreativiti peserta perlu disertai pemahaman terhadap keperluan dan keselesaan kucing supaya haiwan berkenaan tidak tertekan. Yuen Wai pula memberi perhatian kepada chemistry antara kucing dan pemilik, selain persiapan serta perapian kucing yang mencerminkan kasih sayang dan penjagaan pemilik.
Mark Adam menekankan keunikan personaliti setiap kucing serta bagaimana pemilik mengenali karakter mereka dan menyerlahkannya menerusi persembahan.
Kesemua 20 meow-del yang bersaing ialah:
- Zandra Evans & Jannah
- Iffah Zahirah & Labu
- Norazizah Binti Abu Kasim & Lolalisa Braveheart
- Aiman Syazani & Seri Embun
- Muhammad Azeem Abd Aziz & Hugo
- Aidil Jalil & Sashimi Aryan Braveheart
- Noorlida Binti Abdul Rahman & Baim
- Kanmani A/P Adimoolom & Tony
- Siti Nur Sollehhah Mokhtar & Chiro
- Marliana Binti Mohd Zulkifli & Sabo D Alfonso
- Syazreen Irwina & Micco Al Farsy
- Nazzatul Farahidayah Mohd Nazziri & Rosemary Tomato
- Shaikh Mansoor & Leve Palestina
- Nurul Anis Aniza & Violet
- Fara Juliana & Mochi
- Liyana Roseli & Atan
- Nurliyana Zahari & YenYen
- Nur Diyana Ruslan & Abu Tausi
- Ahmad Fazwan & Athithy Amora
- Tuan Mochtar & Smol
Perjalanan pertandingan adalah Top 20 (Separuh Akhir) → Top 6 → Finale. Enam finalis yang berjaya mara akan melalui sesi profiling, Cat Fashion Week Masterclass, Designer Collaboration dan latihan pentas peragaan sebelum mempersembahkan hasil Designer Collaboration di pentas akhir untuk merebut gelaran juara dan takhta Supermeowdel musim kedua.

Perjalanan program akan diperkenalkan menerusi platform digital terlebih dahulu sebelum menemui penonton di kaca televisyen. Felix Cat Diary akan bersiaran dari 16 September hingga 8 Oktober 2026, setiap Rabu dan Khamis pada 8.00 malam, sebanyak 8 episod berdurasi 3 minit. Program ini memaparkan kisah dan perjalanan Top 6, panduan pakar serta detik menarik peserta bersama kucing kesayangan mereka.
Seterusnya, Purrfection Diary akan disiarkan pada 29 September, 6 dan 20 Oktober 2026, setiap Selasa pada 8.00 malam, sebanyak 3 episod berdurasi 3 minit, dengan fokus kepada persediaan dan perjalanan peserta menuju pentas akhir.

Bagi siaran televisyen pula, Capsule Cat Fashion Week akan menemui penonton pada 3, 10 dan 17 Oktober 2026, setiap Sabtu pada 7.50 malam, sebanyak 3 episod berdurasi 10 minit. Program ini menampilkan sorotan perjalanan pertandingan daripada uji bakat sehingga Top 6 serta persediaan menuju pentas akhir.
Kemuncaknya ialah Cat Fashion Week Finale pada 25 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam. Episod khas berdurasi 60 minit itu akan menentukan juara musim kedua.

Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama. Jadi, persoalannya kini, siapakah enam gandingan yang bakal mara ke pentas akhir dan siapakah pula yang akan dinobatkan sebagai Supermeowdel musim kedua?