in , ,

Kenali semua CEO Apple

Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai CEO Apple pada 2011 atas faktor kesihatan, memberi laluan kepada Tim Cook untuk menggalas tanggungjawab sebagai CEO Apple. Dua nama ini memang tidak asing lagi di dalam dunia perisian komputer kerana kehebatan mereka menerajui Apple sehingga menjadi syarikat paling bernilai di dunia pada hari ini.

Sehingga kini, Apple telah bertukar CEO sebanyak 6 kali. Mari kenali CEO Apple yang lepas dengan lebih dekat.

1977 hingga 1987 – Michael Scott

Michael Scott dilantik menjadi CEO Apple Computer pertama kerana Mike Markkula, pelabur pertama Apple tidak yakin Steve Jobs dan Steve Wozniak mampu meneraju syarikat tersebut. Beliau merupakan bekas pengarah pembuatan dari syarikat National Semiconductor. Beliau terkenal kerana telah memecat 40 pekerja Apple secara tiba-tiba. Berikutan kejadian tersebut, Mike Markkula mengambil alih jawatan CEO dari beliau.

1981 hingga 1983 – Mike Markkula

Mike Markkula

Mike Markkula merupakan pelabur pertama Apple, merangkap pekerja ketiga di dalam syarikat tersebut. Markkula diperkenalkan dengan Steve Jobs dan Steve Wozniak semasa mereka sedang mencari sumber kewangan untuk membiayai pembangunan Apple II. Dengan  petunjuk dan sumber kewangan Markkula, Apple telah berjaya diperbadankan menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Steve Wozniak dilaporkan memberi kredit penuh atas kejayaan Apple kepada Mike Markkula.

Lagi artikel di ifon.my  Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

1983 hingga 1993 – John Sculley

John Sculley

John Sculley mungkin merupakan antara CEO Apple yang paling terkenal selepas Steve Jobs dan Tim Cook. Ini kerana beliau merupakan individu yang menyebabkan Steve Jobs meninggalkan Apple pada tahun 1985.

John Sculley merupakan bekas CEO PepsiCo. John Sculley ditarik ke Apple oleh Steve Jobs sendiri untuk membantu Apple meningkatkan jualan komputer yang dihasilkan oleh Apple. Namun, cara pengurusannya yang tidak menyenangkan Steve Jobs menyebabkan berlaku perbalahan antara mereka yang mana menyebabkan Steve Jobs dipaksa meletak jawatan dan dikeluarkan dari Apple.

1993 hingga 1996 – Michael Spindler

Michael Spindler

Michael Spindler merupakan eksekutif operasi Apple bahagian Eropah. Terkenal dengan nama samaran “The Diesel”, beliau dinaikkan pangkat dari Ketua Bahagian Eropah ke Ketua Bahagian Global dan akhirnya menjadi CEO menggantikan John Sculley. Beliau menjadi CEO Apple hanya selama 3 tahun dan kemudiannya digantikan.

1996 hingga 1997 – Gil Amelio

Gil_Amelio

Merupakan bekas CEO National Semiconductor, beliau dilantik menjadi CEO Apple dalam proses menghidupkan semula syarikat Apple yang sedang dalam kerugian. Perlantikan beliau adalah permulaan kejatuhan Apple yang sangat teruk. Ramai yang menganggap bahawa Apple akan terkubur tidak lama lagi. 

Namun pada tahun 1997, Gil Amelio membeli syarikat NExT milik Steve Jobs dalam cubaan beliau untuk menarik Steve Jobs kembali ke Apple. Steve Jobs akhirnya meyakinkan pengarah syarikat untuk memecat Gil Amelio setelah harga saham Apple jatuh teruk.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

1997 to 2011 – Steve Jobs

PD14477542-jobs-reuters-xlarge_trans_Nv_BQz_QNjv4_Bq_Lo_H7_Nlio_JUgv_NGx

Dilantik sebagai Interim-CEO, Steve Jobs kembali ke syarikat yang diasaskannya dengan harapan untuk menyelamatkan Apple yang sedang dilanda masalah kewangan. Pada mulanya, ramai tidak yakin bahawa Steve Jobs mampu untuk menyelamatkan Apple.

Beliau bertanggungjawab dalam menghasilkan Mac OSX, iMac, iPod, iTunes, iPhone dan juga iPad. 

Beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau pada 24 Ogos 2011 atas faktor masalah kesihatan dan menamakan Tim Cook sebagai pengganti beliau.

2011 hingga sekarang – Tim Cook

Tim Cook - CEO Apple terkini

Tim Cook menyertai Apple pada tahun 1998, dan dinaikkan pangkat dan menjadi antara orang kanan Steve Jobs. Seorang yang workaholic, beliau diberi gelaran “The most powerful gay man in Sillicon Valley”. 

Tim Cook sebelum dilantik menjadi CEO telah berkali-kali menggantikan Steve Jobs dalam melakukan tugasnya kerana kesihatan Steve Jobs yang makin kritikal. Dengan kebijaksanaannya menguruskan Apple, Apple pada hari ini bernilai $1 trillion, satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai penilaian seperti itu.

Laporan terbaru mengatakan Tim Cook bakal memperoleh RM615 Juta hasil dari kepimpinan beliau di Apple.

Adakah Cip Apple A12 Akan Meneruskan Tradisi Sebagai Cip Paling Berkuasa Di Dunia?

Teknologi 3D Touch Bakal Dilenyapkan Pada Tahun 2019?