Sekiranya anda pengguna Public BETA bagi iOS 11 dan iOS 12 anda tentu mengalami isu di mana satu notifikasi terpapar memohon anda mengemaskini iOS sedangkan tiada versi baru untuk dikemaskini.
Isi ini berkemungkinan disebabkan versi Public BETA telah mencapai tarikh luput dan memerlukan versi baru untuk dikemaskini.
Isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah penggunaan seluruh dunia turut terkesan dengan masalah ini.
It looks like this method in Springboard does some date/time calculations to determine if the current build is about to expire, every time the cover sheet gets dismissed. For some reason, the latest builds of iOS 12 think they're about to expire. (@davedelong :P) pic.twitter.com/HWe7C0NnIT
— Guilherme Rambo (@_inside) August 31, 2018
Sekiranya anda mahu mengelakkan masalah ini berlaku, anda boleh mengubah tarikh pada iPhone anda ke 30 Ogos 2018. Walau bagaimanapun, cara ini amat tidak praktikal dan kita menantikan kenyataan rasmi dari pihak Apple.
SEKADAR PANDANGAN