in

Kapasiti RAM Dan Bateri Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akhirnya Tertiris

Beberapa minggu lepas pihal Apple telah melancarkan tiga model baharu iPhone iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Walaupun semasa acara pelancaran tersebut Phill Schiller telah menerangkan berhubung spesifikasi yang hadir pada ketiga-tiga iPhone ini. Namun beliau tidak menyatakan secara jelas berhubung kapasiti RAM dan juga bateri.

Satu laman web di China dikenali sebagai MyDrivers telah berkongsi maklumat berkaitan spesifikasi yang hadir pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

iphone-xs-max-tenaa-800x992

Berdasarkan laporan tersebut, kapasiti bateri bagi iPhone Xs adalah 2658mAh iaitu 2.2% lebih rendah berbanding iPhone X. Walaupun kapasiti bateri iPhone Xs lebih rendah berbanding iPhone X, ia menjanjikan jangka hayat 30 minit lebih lama berbanding model sebelumnya.

Lagi artikel di ifon.my  Ming-Chin Kuo: Permintaan iPhone XR Lemah

Bagi iPhone Xs Max pula, kapasiti bateri yang hadir pada model ini adalah 3174mAh atau 16.8% lebih besar berbanding iPhone X. iPhone Xs Max menjanjikan jangka hayat 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone X.

Untuk iPhone Xr, kapasiti bateri adalah 2942mAh atau 8.3% lebih besar berbanding iPhone X.

Bagi kapasiti RAM pula iPhone Xs dan iPhone Xs Max mempunyai kapasiti RAM sebesar 4GB manakala iPhone Xr 3GB.

Berdasarkan laporan ini sedikit sebanyak ia sepadan dengan laporan yang pernah dikeluarkan oleh Ming-Chin Kuo sebelum ini.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: MacRumors

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melepaskan iOS 12.1 BETA 1

Apple Berjaya Mengubah Stigma Pengguna Terhadap iPhone Berinovasi Kepada iPhone Super Mewah