in

Google Pixel 3 XL Tertiris Lagi

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi Google bakal melancarkan dua model telefon pintar terbaharu mereka iaitu Pixel 3 dan Pixel 3 XL

Belum sempat Google memperkenalkan Google Pixel terbaharu mereka, telah banyak gambar tersebar yang dikatakan Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Tidak keberatan jika saya katakan Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL antara yang paling banyak didedahkan berhubung rekaan dan spesifikasi berbanding telefon pintar yang lain.

Terkini WinFuture telah mendedahkan rekaan yang lebih jelas bagi model terbaru keluaran Google.

Google_Pixel_3_XL_1537817283_0_12

Google-_Pixel-3-_XL-1537816375-0-0

Google-_Pixel-3-_XL-1537816364-0-0

Google-_Pixel-3-_XL-1537816358-0-0

Google-_Pixel-3-_XL-1537816349-0-0

Google Pixel hakikatnya mempunyai sejumlah peminat yang ramai. Namun dari segi jualan telefon pintar keluaran Google ini masih belum mampu untuk menarik pengguna untuk membelinya.

Lagi artikel di ifon.my  Google Pixel 3 XL Mula Dijual Di Hong Kong

Berdasarkan rekod IDC, Google Pixel/XL dan Google Pixel 2/XL hanya terjual sebanyak 3.9 juta unit pada 2017 berbanding jumlah telefon pintar di pasaran dunia sebanyak 1.5 billion unit pada 2017.

Dimanakah silapnya? Adakah Google belum mampu menyakinkan pengguna bahawa produk mereka berkualiti? Atau produk mereka kurang diminati oleh pengguna?

Saya mengakui bahawa fokus jualan bagi Google Pixel masih kecil dan tertumpu di beberapa buah negara sahaja berbanding iPhone dan Samsung Galaxy.

Google harus agresif dalam memasarkan lebih banyak telefon pintar ke negara lain termasuklah Malaysia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9

Adakah Apple Memperkenalkan iPhone Xr Untuk Melariskan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max?