in ,

OnePlus 6T dilancarkan dengan pengimbas jari di skrin

OnePlus baru-baru ini telah melancarkan model peranti terbarunya kesinambungan dari OnePlus 6, iaitu OnePlus 6T. Peranti ini sepatutnya dilancarkan pada esok hari namun kerana Apple bakal mengadakan acara khasnya esok, OnePlus terpaksa melancarkan OnePlus 6T lebih awal dari yang dirancang.

OnePlus 6T

Seperti yang kita ketahui, model T untuk peranti OnePlus merupakan naik taraf dari peranti flagship OnePlus, iaitu pada tahun OnePlus 6. Ia sama seperti bagaimana iPhone mempunyai model S untuk perantinya seperti iPhone XS.

Peranti OnePlus kali ini istimewanya tidak lagi mempunyai pengimbas jari di belakang badan peranti tersebut kerana untuk peranti kali ini mereka menggunakan teknologi pengimbas jari dalam skrin. Ia dilaporkan lebih laju dari pengimbas jari yang terdapat pada Vivo X21, namun masih perlahan berbanding pengimbas jari yang biasa seperti TouchID.

Lagi artikel di ifon.my  Android Kekal Sistem Operasi Paling Popular Di Malaysia
Imbasan Jari dalam skrin

OnePlus 6T turut mempunyai notch seperti kebanyakkan peranti masa kini. Notch peranti ini berbentuk air mata (teardrop), lebih kecil berbanding OnePlus 6. Di notch ini terdapat kamera hadapan dan beberapa sensor yang lain. Tiada naik taraf yang ketara terhadap kamera peranti ini berbanding OnePlus 6.

Notch OnePlus 6T

Seperti biasa, peranti ini menyokong nyahkunci peranti menggunakan imbasan muka namun ia hanyalah menggunakan kamera hadapan, bukan menggunakan sensor infrared seperti FaceID. Oleh itu anda tidak boleh membuka peranti anda dalam gelap.

Bicu (jack) audio 3.5mm juga telah dibuang untuk peranti ini. Menurut OnePlus, ia terpaksa dibuang kerana bateri dan hardware untuk pengimbas jari dalam skrin yang besar menyebabkan ketiadaan ruang untuk meletakkan bicu audio. Dari segi warna, peranti ini hadir dengan 2 warna iaitu Midnight Black dan Mirror Black.

Lagi artikel di ifon.my  Pengguna Mula Menjual Samsung Gear Sport Hadiah Dari Pra Tempah Galaxy Note 9

OnePlus 6T mempunyai ruang simpanan data dalaman bermula dengan 128GB. Harganya juga adalah sama dengan harga permulaan OnePlus 6 semasa dilancarkan pada tahun lepas. Harga rasmi peranti ini adalah seperti berikut: 

OnePlus 6T 128/6 GB – RM2588
OnePlus 6T 128/8 GB – RM2888
OnePlus 6T 256/8 GB – RM3188

Anda boleh ke laman web rasmi OnePlus 6T untuk maklumat lanjut.

Hari Ini Dalam Sejarah: Scott Forstall Dipecat Oleh Apple

iOS 12.1 Sedia Untuk Dikemaskini Bermula 31 Oktober 2018