in

Apple A12X Mempunyai Skor Tertinggi Mengatasi Cip Pemprosesan Intel Core i7

Hari ini MacRumors telah berkongsi satu laporan berhubung kepantasan cip pemprosesan yang diperoleh dari Geekbench.

IMG-20181101-234016

Berdasarkan laporan tersebut cip Apple A12X yang hadir pada iPad Pro (2018) mempunyai skor sebanyak 5,025 (single-core) dan 18,106(multi-core).

Berdasarkan skor yang diperoleh ini ia jauh memintas cip Apple A12 yang hadir pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr di mana ia hanya memperoleh skor 4,795 bagi single-core dan 11,167 bagi multi-core.

Apa yang menarik pada Apple A12X ini adalah skor bagi single-core mengatasi 2.2GHz six-core Core i7 (single-core). Dengan skor yang tinggi ini maka jelaslah bahawa cip yang dihasilkan oleh Apple pada ketika ini antara yang paling berkuasa di dunia dalam kelasnya.

iPad Pro (2018) merupakan produk pertama yang dikuasakan dengan cip pemprosesan A12X dan berkemungkinan cip ini hanya eksklusif pada model ini sahaja.

iPad Pro mula boleh dibeli pada harga RM3,499.00 bagi 11inci dan 4,349.00 bagi 12.9 inci.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Akhirnya iPhone 5 Diisytiharkan Sebagai Produk Vintaj Dan Usang

iOS 12.1.1 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini