in

Huawei Menyindir Apple Dan Samsung Berhubung Pengurangan Prestasi Telefon Pintar

Seperti diketahui bahawa Samsung dan Apple telah disaman kerana bersalah kerana dengan sengaja memperlahankan prestasi telefon pintar bagi memaksa pengguna menaik taraf ke model terbaharu.

Kedua-dua syarikat ini telah di denda yang mana Apple menjadi syarikat yang paling tinggi dikenakan denda sehingga ~RM48 juta.

Memandangkan isu ini sedang hangat diperkatakan, Huawei telah menciap dalam ruangan Twitter menjelaskan bahawa telefon pintar mereka tidak akan menipu pengguna seperti mana yang berlaku pada telefon pintar Apple dan Samsung.

We would never slow our phones down to force an upgrade. We’re proud our new #HuaweiMate20Pro is #BornFastStaysFast – just like every other phone in our range. #NeverSlowDown

Screenshot-20181105-044426

Sejak Huawei menduduki tangga kedua, nampaknya mereka semakin agresif dalam menarik lebih banyak pengguna supaya memilih telefon pintar mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Yakin Cip Pemprosesan Kirin 980 Mengatasi Apple A12 Bionic

Walaupun Huawei berada di kedudukan kedua, namun iPhone masih mendominasi pasaran dengan memperoleh jumlah permintaan tertinggi setakat ini yang mana iPhone X dan iPhone 8/Plus menduduki tempat pertama,kedua dan ketiga bagi suku pertama tahun 2018.

Huawei nampaknya seolah-olah berada di kedudukan selesa sejak jenama mereka sudah diterima ramai oleh pengguna. Namun Huawei harus berhati-hati bagi mengelakkan sepertimana kejadian sama berlaku pada musuh ketat mereka iaitu Samsung yang sering memperlekehkan Apple hingga menjerat mereka sendiri.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Huawei Berjaya Mengekalkan Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Kedua Paling Popular Di Dunia

Nikkei: Apple Memohon Pembekal Untuk Menurunkan Pengeluaran Baharu Bagi iPhone Xr