in

Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?

Isu bateri iPhone sering menjadi satu topik hangat dikalangan pengguna iPhone, walaupun mereka sedar bahawa kapasiti mAH bagi iPhone antara terendah dalam semua model flagship bagi telefon pintar.

Namun mereka terus mengeluh disebabkan jangka hayat bateri tidak seperti telefon pintar flagship yang lain.

ifixit-iphonexs

Berikut merupakan kapasiti mAH bagi iPhone yang berada di pasaran.

iPhone Xs / 2659mAH

iPhone Xs Max / 3174mAH

iPhone Xr / 2942mAH

iPhone X / 2716mAH

iPhone 8 / 1821mAH

iPhone 8 Plus / 2675mAH

iPhone 7 / 1960mAH

iPhone 7 Plus / 2900mAH

Dengan kenyataan di atas jelas menuntaskan bahawa suka atau tidak, jangka hayat bateri tidak akan bertahan lebih lama walaupun Apple mampu mengawalnya dengan kehadiran iOS 12.

Bagi semua model iPhone terkini, Apple menggunakan bateri Lithium-ion sebagai salah satu komponen dalam iPhone.

Bateri lithium-ion hanya mampu bertahan dengan 500 kali cas penuh atau 80% pada tahap kapasiti maksimum.

Bateri lithium-ion juga mampu bertahan pada suhu sekitar 16 hingga 22 darjah celsius. Walau bagaimanapun Apple menasihatkan anda supaya mengelakkan dari kepanasan sehingga 35 darjah celsius ke atas di mana ia akan memberi kesan negatif kepada jangka hayat bateri itu sendiri.

Oleh yang demikian jelas kita boleh simpulkan bahawa bateri iPhone hanya mampu bertahan sebanyak 500 kali cas penuh dan sangat sensitif pada suhu persekitaran.

pubg-hero-1527570270606

Berdasarkan keterangan diatas, faktor-faktor ini amat sinonim dengan aplikasi permainan dalam App Store terutama sekali PUBG dan Fortnite.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akibat Permintaan Yang Lemah

Aplikasi permainan seperti ini hakikatnya menggunakan RAM, CPU dan GPU yang tinggi. Ini akan mengakibatkan bateri iPhone digunakan semaksimum yang mungkin yang akhirnya akan mengakibatkan penurunan bateri secara maksimum serta menyebabkan iPhone anda akan panas dengan mendadak.

Selain itu, jika anda tidak bermain aplikasi permainan seperti ini besar kemungkinan anda hanya perlu mengecas iPhone lebih kurang satu hingga dua kali sehari.

Berbanding anda bermain aplikasi permainan, besar kemungkinan anda akan mengecas iPhone lebih dari dua hingga lima kali tertakluk kepada kekerapan anda.

Apabila bateri iPhone dicas lebih kerap, sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap jangka hayat bateri iPhone yang hanya mampu bertahan sekitar 500 kali cas penuh.

81uw-CWs-Sft-L-SX425
Gambar sekadar illustrasi

Selain itu juga, sekiranya anda bermain aplikasi permainan, sedikit sebanyak ia akan meningkatkan suhu iPhone lebih-lebih lagi jika anda memakai pelindung (case).

Apabila iPhone terkesan dari suhu yang panas, ia akan menjejaskan kesihatan bateri iPhone itu sendiri.

Adakah permainan penyebab UTAMA bateri iPhone bermasalah?

Hakikatnya tiada fakta yang kukuh untuk saya gunakan dalam penulisan ini. Namun dengan kenyataan Apple di atas jelas menunjukkan aplikasi permainan antara salah satu faktor penyebab bateri iPhone anda mengalami penurunan kapasiti maksimum bawah 79% walaupun ia tidak mencapai satu tempoh yang sepatutnya.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Gagal Memintas Huawei Pro 20 Dalam Skor DxOMark

Apabila kapasiti maksimum menurun bawah 79%, iPhone anda akan mengalami masalah terpadam dengan sendiri, serta menyebabkan prestasi iPhone akan lebih perlahan berbanding sebelumnya.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda pemain tegar aplikasi permainan. Saya mengalakkan anda supaya membuka pelindung (case) terlebih dahulu bagi mengelakkan kepanasan yang luar biasa.

Selain itu, pastikan kawasan anda tidak terlalu panas untuk mengelakkan ia semakin mudarat.

Konklusinya, saya berpandangan bahawa aplikasi permainan antara salah satu punca penyebab bateri iPhone anda mengalami penurunan jangka hayat lebih tinggi berbanding pengguna yang tidak bermain aplikasi permainan.

Namun, bukan hanya aplikasi permainan sahaja yang menyebabkan iPhone anda menggunakan lebih tenaga. Banyak lagi aplikasi yang menggunakan tenaga yang tinggi yang akhirnya memudaratkan iPhone anda.

Ini hanyalah pandangan saya 100% tanpa melihat fakta yang jelas berkenaan isu ini. Berdasarkan pengalaman juga, saya melihat kemerosotan jangka hayat bateri sememangnya memberi kesan pada saya setelah saya gemar bermain aplikasi permainan PUBG.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft Sedang Mengejar Apple Dalam Menjadi Syarikat Yang Mempunyai Modal Pasaran Tertinggi

Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $800 Billion?