Beberapa minggu lepas Johny Srouji yang merupakan Timbalan Presiden (Kanan) Hardware Technologies di Apple dikhabarkan antara calon paling sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel.
Walaubagaimanapun, hari ini Ashraf Eassa telah menciap di Twitter yang memaklumkan bahawa Johny Srouji akan kekal di Apple dan beliau bukan calon untuk berada di kerusi CEO di Intel.
Pada ketika ini nampaknya beberapa syarikat teknologi mula memancing individu yang berkelayakan untuk berkhidmat di syarikat mereka. Antara individu tersebut termasuklah John Giannandrea yang sebelum ini berkhidmat di Google telah berpindah ke Apple bagi menumpukan kepada segmen kecerdasan buatan.