in ,

Anggaran Harga Maksimum iPhone Terpakai Setakat September 2019

Acara Khas Apple yang berlangsung pada 11 September 2019 baru sahaja menutup tirai. Seperti biasa apabila Apple melancarkan iPhone terbaharu, Apple secara automatik akan menurunkan harga bagi iPhone model terdahulu.

5d7808702e22af12a2793d58-2560-1280

Sesuatu yang agak mengejutkan di mana Apple telah menamatkan pengeluaran iPhone XS dan iPhone XS Max. Penamatan dalam konteks ini tidak bermakna jangka hayat iPhone akan turut tamat. iPhone XS dan iPhone XS Max masih menerima kemaskini iOS untuk satu tempoh yang masih lama.

how-to-sell-your-iphone-thumb1200-4-3

Namun bagi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sudah masanya model ini ditamatkan atas faktor usia yang menjangkau 3 tahun.

Seperti biasa apabila model baharu memasuki pasaran, maka ramai peminat iPhone akan menjual iPhone mereka untuk membeli iPhone terbaharu.

Semalam saya telah menasihat warganet agar mengelak membeli iPhone terpakai buat masa ini atas faktor harga pasaran yang belum stabil.

Namun jika anda terpaksa membeli iPhone terpakai dalam masa terdekat. Berikut merupakan anggaran harga iPhone terpakai berdasarkan perspektif saya.

iphone7-select-2019-family

1- iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
Tahun pelancaran: 17 September 2016
Status: Ditamatkan Pengeluaran

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone 7 128GB / RM1,500.00 ke bawah

iPhone 7 Plus 128GB/ RM1,800.00 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).

Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone 7 128GB
– Warranti dah habis (-10%)
– Kondisi Calar/Kemek (-15%)
RM1,500.00 x 75%= RM 1,125.00

Maka harga jual bagi iPhone 7 128GB terpakai dianggarkan sekitar RM1,125.00.

iphone-8-plus-review-front-1142

2- iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
Tahun pelancaran: 23 September 2017
Status: Masih Dijual

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

Lagi artikel di ifon.my  Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X

iPhone 8 64GB / RM1,750.00 ke bawah

iPhone 8 Plus 64GB / RM2,150.00 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).
Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone 8 64GB
– Warranti dah habis (-10%)
– Kondisi Calar/Kemek (-15%)
RM1,750.00 x 75%= RM1,300.00.

Maka anggaran harga jual bagi iPhone 8 64GB terpakai adalah RM1,300.00.

913201720152-AM-635-iphone-x

3- iPhone X
Tahun pelancaran: 3 November 2017
Status: Ditamatkan pengeluaran

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone X 64GB / RM2,500 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).
Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone X 64GB
– Warranti dah habis (-10%)
RM2,500 x 90%= RM2,250.00

Maka anggaran harga jual bagi iPhone X 64GB terpakai adalah RM2,250.00

iphone-xr-select-2019-family

4- iPhone XR
Tahun pelancaran: 26 Oktober 2018
Status: Masih Dijual

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone XR 64GB / RM2,300 ke bawah

iPhone XR 128GB / RM2,470 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).
Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone XR 64GB
– Warranti dah habis (-10%)
RM2,300 x 90%= RM2,070.00

Maka anggaran harga jual bagi iPhone X 64GB terpakai adalah RM2,070.00.

Lagi artikel di ifon.my  Purata Harga Jualan iPhone Terpakai Dan Keadah Penetapan Harga Jual Dan Beli

iphone-xs-max-select-2018-group-1

5- iPhone XS / iPhone XS Max
Tahun pelancaran: 26 Oktober 2018
Status: Ditamatkan Pengeluaran

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone XS 64GB / RM3,500 ke bawah
iPhone XS 256GB / RM4,050 ke bawah
iPhone XS 512GB / RM4,800 ke bawah

iPhone XS Max 64GB / RM3,900 ke bawah
iPhone XS Max 256GB / RM4,470 ke bawah
iPhone XS Max 512GB / RM5,200 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).
Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone XS 64GB
– Warranti dah habis (-10%)
RM3,500 x 90%= RM3,150.00

Maka anggaran harga jual bagi iPhone X 64GB terpakai adalah RM3,150.00.

Indikator:

Bagaimana penetapan % dibuat?

1- Warranti
Jika iPhone anda masih ada warranti kebarangkalian penjual tukar alat ganti tiruan adalah rendah.

2- Kondisi
Kondisi iPhone sangat penting kerana ia menunjukkan penggunaan seseorang itu. Kondisi iPhone juga antara syarat untuk anda melayakkan sebarang program dari Apple. Contohnya penukaran bateri.

3- Aksesori
Aksesori iPhone sangat mahal, jika mereka bagi kabel atau aksesori yang tidak cukup ia akan menambah kos anda. Lebih baik cari yang dah cukup.

4- Kotak
Kotak hakikatnya bukanlah penting. Tapi antara salah satu faktor untuk anda menarik pembeli semasa menjual kelak.

5- Kapasiti Maksimum
Kapasiti maksimum akan menunjukkan sejauh mana pengguna itu menggunakan iPhone. Semakin tinggi kapasiti maksimum. Menunjukkan penggunaan itu sangat cakna soal penjagaan bateri.

Konklusinya harga jualan bagi iPhone terpakai masih tinggi jika dibandingkan model lain di pasaran. Pengiraan ini mengambil kira 20% susut nilai semasa.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kad Prabayar Medium Terbaik Untuk Pengguna iOS Dan Android

iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan