in , ,

iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

Pada 11 September 2019, Apple telah mengadakan Acara Khas di mana pelbagai produk telah dilancarkan antaranya iPad 10.2 inci, Apple Watch 5, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

i-Phone-11-Pro-Inline

Seperti biasa setiap kali pelancaran iPhone akan terdapat model yang akan ditamatkan penjualanya . Semasa pelancaran iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max, sebanyak empat model iPhone telah ditamatkan penjualanya termasuklah iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE dan iPhone X.

ts-apple-event-2018-2

Untuk tahun ini juga sebanyak empat model telah ditamatkan jualan iaitu iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone XS dan IPhone XS Max.

Hakikatnya saya agak terkesima kerana iPhone XS dan iPhone XS Max telah ditamatkan walaupun ia merupakan antara model yang masih relevan pada ketika ini.

Berdasarkan soal selidik yang dibuat oleh saya di Twitter @xaviernaxa, sebanyak 22% dari 4,707 responden telah menjangkakan iPhone XR menjadi model kedua selepas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang mencatat keputusan tertinggi iaitu 65%.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Apple menghentikan iPhone XS dan iPhone XS Max memandangkan iPhone 11 Pro dan IPhone 11 Pro Max adalah model flagship 2019.

Namun pandangan saya dengan penamatan iPhone XS dan iPhone XS Max ia akan mengganggu pasaran harga iPhone terpakai bagi model terbabit.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1 BETA 2 Menyelesaikan Masalah Pengecasan Pada iPhone Xs Max

Aksesori juga turut akan terkesan disebabkan usia iPhone XS dan iPhone XS Max baru setahun dan sudah pasti ramai pengeluar aksesori tidak lagi menumpukan pada model tersebut.

91-Or-Fd-CZu-YL-SL1500

Saya akui masih banyak aksesori yang khusus untuk iPhone XS dan iPhone XS Max di pasaran . Namun untuk jangka masa panjang ia mungkin memberi impak negatif pada model tersebut.

apple-social

iPhone XS dan iPhone XS Max adalah model terakhir menggunakan 3D Touch. Namun sesuatu yang amat mendukacitakan apabila iOS 13 tidak lagi menyokong 3D Touch dan diganti dengan Haptic Touch.

Sebelum ini Craig Federighi yang merupakan orang paling kanan dalam pembangunan iOS 13 memaklumkan bahawa masalah yang dihadapi pada 3D Touch hanyalah disebabkan pepijat. Namun saya lihat sehingga kini fungsi 3D Touch sudah lenyap.

IMG-20190913-081355

Jika benar iOS 13 tidak menyokong 3D Touch, tiada guna Pengguna membeli model yang menyokong fungsi ini.

Setakat ini hanya iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang menyokong fungsi 3D Touch. Manakala iPhone XR, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max tidak lagi menyokong 3D Touch.

Lagi artikel di ifon.my  Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

Walaupun iPhone XS dan iPhone XS Max telah ditamatkan, namun terdapat Pusat Jualan Apple yang sah (AAR) masih menjual model tersebut.

Berikut merupakan harga bagi model tersebut :

iPhone XS Max
64GB – RM4,899.00
256GB – RM5,599.00
512GB – RM6,499.00

iPhone XS
64GB – RM4,399.00
256GB – RM5,099.00
512GB – RM6,649.00

Jika pengguna mahu membeli iPhone XS dan iPhone XS Max pada ketika ini. Secara peribadi saya amat menggalakkan mereka membeli iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max jika mereka memfokuskan iPhone versi flagship.

Namun jika sebaliknya, mereka boleh membeli iPhone 11 atau iPhone XR. Saya kurang menggalakkan pengguna membeli iPhone XS dan iPhone XS Max kerana fungsi 3D Touch tiada lagi.

Buat apa anda bazirkan wang yang banyak tapi anda tidak dapat menggunakan 100% fungsi yang ada pada iPhone tersebut.

Konklusinya, saya menjangkakan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan menjadi model yang bakal ditamatkan pada bulan September 2020.

Pengguna yang membeli model ini akan merasai sepertimana yang berlaku pada pengguna iPhone XS dan iPhone XS Max.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Anggaran Harga Maksimum iPhone Terpakai Setakat September 2019

iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi