in ,

iPhone 7 Plus Terus Kekal Sebagai Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia Bagi Suku Kedua Tahun 2019

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan laporan berhubung telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku pertama tahun 2019. Rujuk DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Menurut laporan tersebut iPhone 7 Plus telah dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia dengan mengusai pasaran sebanyak 5.65% diikuti oleh iPhone 6, 5.41% dan Samsung Galaxy J2 Prime LTE, 4.27%.

IPHONE7-PLUS-93484-1551993726

Terkini, DeviceAtlas sekali lagi telah mengeluarkan laporan untuk suku kedua tahun 2019 di mana iPhone 7 Plus terus kekal berada di kedudukan pertama dengan penguasaan 3.53% .

Ini didorong oleh permintaan pengguna yang mahukan kamera dwi lensa dengan harga yang berpatutan.

Walaupun model terbabit mendapat permintaan ramai. Pihak Apple secara rasmi telah menamatkan penjualan bagi model ini berkuatkuasa September 2019.

Lagi artikel di ifon.my  OpenSignal Mengeluarkan Laporan Berhubung Prestasi Selular Bagi iPhone 5S Hingga iPhone XS Max.

78261-F40-1-D51-4568-9848-D31-BF5065-CAA

iPhone 6 dan iPhone 7 pula berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan menguasai pasaran Malaysia sebanyak 2.66% dan 2.17%.

iPhone 6 dan iPhone 7 merupakan telefon pintar berstatus flagship dan dikuasakan oleh Apple A9 dan Apple A10.

iPhone 6 sememangnya menjadi permintaan ramai disebabkan ia merupakan model pertama yang hadir dengan skrin 4.7 inci.

ph-SM-G532-GZKDXTC-000000001-Front-black

Bagi kedudukan keempat dan kelima ia dikuasai oleh Samsung Galaxy J2 Prime dan iPhone X yang menguasai sebanyak 2.12% dan 2.05%.

Penilaian ini dibuat berdasarkan peranti pengesanan oleh DeviceAtlas. Rujuk Kaedah Penilaian.

Dengan laporan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan pengguna iPhone 7 Plus antara paling ramai dan tidak keberatan saya katakan bahawa Apple mendominasi segmen telefon pintar dalam konteks DeviceAtlas di Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  Kadar Segar Semula 120Hz Penting untuk sebuah iPhone?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tatacara Serta Panduan Mengemaskini iOS 13

Majoriti Pengguna iPhone Puas Hati Dengan Kemaskini iOS 13.1, iOS 13.1.1 Dan iOS 13.1.2