in ,

Wakil Jualan Apple Mengesahkan Set Malaysia (MY) Bagi iPhone Ditamatkan

Isu berkaitan set Malaysia (MY) dan import bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna iPhone.

Secara dasarnya set MY dan import mempunyai persamaan, namun terdapat kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua set ini.

21-D46358-9-C86-424-E-8-DE1-E47-FA8444131

Saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci berhubung set MY dan import memandangkan saya telah memperincikan kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua set ini.

Namun perlu diingatkan bahawa bukan semua set import sesuai digunakan di Malaysia dan terdapat juga beberapa kekangan yang perlu anda perhalusi.

Saya akui terdapat segelintir pengguna memandang serong terhadap set import. Ini mungkin disebabkan mereka terbawa-bawa dengan kisah lalu di mana terdapat dua jenis warranti iaitu Zitron dan AP untuk pasaran Malaysia di mana warranti ini berkait dengan telefon bimbit Nokia.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 7 128GB (Black) Dijual Serendah RM1,999.00 Sahaja.

Kerana itulah ramai berpandangan bahawa warranti bagi iPhone set import tidak boleh di hantar ke Wakil Apple (AASP) sedangkan anda boleh menghantarnya tertakluk kepada terma dan syarat.

Hari ini Wakil Apple (AAR) telah memaklumkan kepada saya bahawa Apple telah menamatkan set MY secara rasmi.

01-F381-F5-CE62-427-B-AB8-C-E2-C0923-DDA8-E

Ini bermakna semua iPhone yang masih dijual dan dikeluarkan akan menggunakan kod ZP/A berbanding sebelum ini yang menggunakan MY/A.

After Apple new products announcement, all iPhone has changed from MY/A to ZP/A (including iPhone SE and 11) . There’s no longer MY/A iPhone in the market except for old stocks. There’s no difference between MY/A and ZP/A

Kod ZP/A meliputi Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Antara model yang terlibat termasuklah iPhone SE (2020), iPhone 11, iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Mempunyai Capaian LTE Dan WIFI Yang Pantas Berbanding iPhone X

Hong Kong , Singapore and Malaysia are now using ZP/A for all new iPhone 12

Sekiranya anda membeli iPhone 11 di AAR dan mendapati set tersebut MY/A bermakna iPhone tersebut adalah stok lama.

Konklusinya, maka terjawab sudah tanda tanya sebelum ini adakah Apple Malaysia bakal menamatkan MY/A atau sebaliknya.

Saya ingin menegaskan kepada semua pengguna bahawa tiada isu sama ada anda membeli MY/A atau ZP/A asalkan anda membelinya di AAR.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Majoriti Berpuas Hati Dengan Kemas Kini iOS 14.2

iPhone 12 Mini Satu Pengorbanan Bagi Peminat Apple