in ,

Inkarnasi Sebuah Pixel

Jon Prosser telah berkongsi berhubung spesifikasi pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Secara peribadi, saya amat berpuas hati dengan spesifikasi yang dipamerkan walaupun terdapat jenama telefon pintar lain jauh lebih tinggi.

Perlu diingatkan, Pixel merupakan telefon pintar yang dibangunkan oleh Google. Apabila perkakasan dan perisian dibangunkan bawah satu bumbung. Google wewenang untuk memastikan prestasi telefon pintar mereka jauh mengatasi peranti Android yang lain.

Pada awal kemunculan Pixel pada tahun 2016. Saya antara peminat jenama dari Google ini. Saya sanggup membeli Pixel dan Pixel 2 XL kerana tertarik dengan konsep yang sama seperti iPhone.

Namun malangnya perkembangan Pixel dilihat sedikit terencat sejak pelancaran Pixel 4 dan Pixel 5. Sejak daripada itu saya lebih bersikap mendiamkan diri sehingga saya melihat masa depan Pixel kembali cerah.

Lagi artikel di ifon.my  Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS

pixel-6-pixel-6-pro
Gambar: @RendersbyIan

Pixel 6 saya anggap sebuah produk inkarnasi setelah karam di lautan Artik. Tumpuan saya pada kali ini tertumpu kepada cip pemprosesan buatan Google. Saya percaya prestasinya setara atau mampu menandingi cip dari Qualcomm atau Apple.

Jika Google mampu hasilkan cip pemprosesan yang mampu menandingi A15 Bionic. Sudah semestinya Apple akan mencari jalan untuk menukar strategi bagi menewaskan pencabarnya. Antara sebab mengapa saya berpandangan sedemikian kerana merujuk kepada laporan daripada Jon Prosser bahawa Pixel 6 akan menyokong kemas kini Android selama lima tahun.

Bagi memastikan telefon pintar tersebut relevan sehingga lima tahun. Spesifikasi terutama cip pemprosesan harus berprestasi tinggi pada ketika ini. Tahun ini tumpuan saya lebih terarah kepada Pixel 6 berbanding iPhone 13.

gsmarena-004

Gambar: @RendersbyIan

Setakat ini kadar segar semula 120Hz antara ‘inovasi’ terhebat pada iPhone tahun ini. Berbeza dengan Pixel 6, hampir keseluruhan reka bentuk serta kejuruteraan berubah secara radikal.

Lagi artikel di ifon.my  Pixel Pencabar Signifikan iPhone

Saya akui ramai yang tidak menyukai reka bentuk Pixel 6. Setakat ini saya tidak meletakkan sebarang tanggapan sehinggalah saya lihat depan mata saya sendiri.

Konklusinya, saya sangat menaruh harapan tinggi terhadap Pixel 6. Hanya telefon pintar ini sahaja paling signifikan untuk dibandingkan dengan iPhone.Jika Pixel 6 berjaya menonjolkan kehebatannya, sudah pasti mampu meningkatkan populariti hingga jagatraya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

AirPods, Beli Baharu atau Terpakai?

iPad Mini, tangguh atau Beli?