in

MacBook Air (2022)

Hari ini Ming-Chi Kuo berkongsi tentang MacBook Air yang bakal hadir dengan skrin 13.3-inci mini-LED.MacBook Air baharu ini juga bakal menyokong teknologi MagSafe yang bakal diperkenalkan pada MacBook Pro 16-inci dan MacBook 14-inci pada tahun ini.

MacBook Air (Jon Prosser)

MacBook Air baharu ini bakal dilancarkan sekitar pertengahan tahun 2022. Saya meramalkan Apple bakal melancarkan produk ini sempena WWDC22 pada bulan Jun. Sudah pasti MacBook Air akan datang bakal dijana dengan cip yang lebih berkuasa serta didatangkan dengan port Thunderbolt/USB. Menariknya, MacBook Air ini bakal hadir dengan variasi warna baharu yang diambil dari DNA iMac (2021).

iMac (Apple)

Konklusinya, laporan daripada Ming-Chi Kuo ini mengukuhkan ramalan saya bahawa MacBook Air tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Antara produk lain yang saya ramal tidak akan dilancarkan pada tahun ini termasuklah MacBook Pro 13-inci, iPad Gen-9 dan iPad Air 5.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Apple Bakal Melancarkan macBook Air Versi Terbaru

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone SE 3

Apple Berselindung Disebalik Keberanian?