in , ,

Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?

Umum mengetahui Apple baru sahaja melancarkan iOS 15.2.1 yang memfokuskan kepada isu pepijat pada mesej dan CarPlay.Walakin begitu, tiada kemas kini bagi iOS 14 dan kali terakhir dilancarkan pada 27 Oktober 2021 iaitu iOS 14.8.1.

Sebelum ini Apple telah memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahu kekal pada iOS 14 atau boleh naik taraf ke iOS 15.Kini Apple dilihat cuba untuk memaksa pengguna agar kemas kini iOS 15 memandangkan pengguna tiada pilihan untuk kekal pada versi terdahulu.

Kelmarin Apple telah berkongsi peratusan peranti yang mengemaskini iOS 15.Saya juga telah menyuarakan pandangan bahawa iOS 15 antara versi yang kurang mendapat sambutan jika dilihat pada peratusan yang dilaporkan.

Screenshot-2022-01-16-at-10-22-10-AM
Peratus iOS 15

Terdapat beberapa faktor yang telah saya kenal pasti termasuklah pengguna mempunyai perasaan skeptikal kepada iOS baharu, tiada fitur menarik serta banyak berita yang berkait dengan pepijat pada iOS 15.Kendatipun begitu, saya masih kekal menobatkan iOS 11 dan iOS 13 sebagai raja segala pepijat.

Lagi artikel di ifon.my  Sah Apple Melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR

Saya mengakui akan isu yang berlaku kepada iOS 15 dan rata-rata kekal pada iOS 14 atas faktor kematangan sistem pengendalian.Setakat ini iOS 14 telah menerima 16 kemas kini dan versi terakhir iOS 14.8.1. Tidak hairanlah iOS 14 telah menempuh pelbagai masalah yang akhirnya stabil.

Tiada masalah untuk anda mengekalkan iOS terdahulu. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.Sokongan aplikasi ketiga, keselamatan dan fitur baharu antara faktor penyebab mengapa ramai naik taraf ke iOS terkini.

Apple wewenang untuk tidak melancarkan kemas kini iOS 14 pada masa hadapan.Cuma saya berpandangan faktor penyebab mengapa tiada kemas kini buat masa ini disebabkan iOS 14 sudah berada dalam fasa matang.

Lagi artikel di ifon.my  Peruncit Di China Mula Menurunkan Harga iPhone Sehingga 20%

Kita akan menantikan sama ada Apple benar-benar mahu memaksa pengguna untuk naik taraf iOS 15 atau sebaliknya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

kredit: 9to5mac

Ramalan Awal iPhone 14

Bateri iPhone: Mengapa Dan Tatacara Menukar Bateri