in ,

Mengapa Saya Memilih Apple Watch Edisi Nike?

Secara umumnya, rekaan bagi Apple Watch edisi Nike dan Sukan (Sport) sama sahaja. Kendatipun begitu, terdapat sedikit perbezaan pada edisi Nike yang menyebabkan saya tertarik untuk memilikinya.Apple Watch edisi Nike hadir dengan logo Nike pada belakang Apple Watch.

Selain itu, tali jam juga disertakan khusus untuk edisi Nike. Anda boleh membeli tali jam tersebut walaupun Apple Watch anda bukan edisi Nike. Cuma tali jam ini tidak tersedia untuk model Sukan.

Apple Watch Edisi Nike

Apple Watch edisi Nike hanya didatangkan dengan material aluminium sahaja. Berbeza dengan Apple Watch Sukan yang hadir dengan material aluminium dan keluli tahan karat. Namun harga bagi material keluli tahan karat lebih premium berbanding aluminium.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch SE GPS Model A2352 Telah Mendapat Kelulusan Untuk Jualan

Apple Watch edisi Nike juga terhad kepada warna tengah malam (midnight) dan cahaya bintang (starlight) bagi Apple Watch Siri 7 manakala perak dan kelabu angkasa bagi Apple Watch SE.

Apple Watch edisi Nike tidak mempunyai pilihan dan terhad pada versi aluminium dan dua pilihan warna sahaja Jika anda mahu membeli Apple Watch versi keluli tahan karat atau warna yang lebih menarik seperti hijau, Produk Merah dan lain-lain, Apple Watch Nike bukan pilihan.

Satu fitur menarik pada Apple Watch edisi Nike adalah tambahan kepada muka jam. Terdapat muka jam edisi Nike tersedia di watchOS dan Apple sering memperkenalkan rekaan baharu bagi muka jam edisi Nike setiap tahun.Konklusinya, secara dasarnya tiada kontradiksi yang begitu signifikan antara Apple Watch edisi Nike dan Apple Watch Sukan.

Lagi artikel di ifon.my  Pandangan Tentang Apple Watch - Bab Pertama

Walakin begitu, tambahan kepada muka jam telah menarik minat saya untuk membelinya.Kita boleh tukar tali jam bila-bila masa sahaja. Namun kita tidak boleh pasang muka jam pada watchOS kecuali menggunakan aplikasi ketiga.Harga bagi Apple Watch Nike adalah sama seperti Apple Watch Sukan. Lebih baik saya pilih Nike walaupun perbezaan tidaklah begitu ketara.

Setakat ini saya telah memiliki Apple Watch keluli tahan karat, seramik dan edisi Nike.Cuma Apple Watch edisi Nike sudah menjadi pemanduan utama saya sejak Apple Watch Siri 2 lagi.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone SE 5G Dilancarkan Pada Tahun 2022?

Mac mini Pek Permulaan Pengguna Windows?