in

iPhone 6 Plus Diisytiharkan Vintaj

Apple akhirnya telah menyenaraikan iPhone 6 Plus sebagai produk vintaj.Produk vintaj dikelaskan apabila Apple berhenti mengedar untuk jualan lebih dari lima dan kurang dari tujuh tahun.

Setakat ini iPhone 6 dan iPhone 5S masih terselamat dan belum diisytiharkan sebagai vintaj.iPhone 6 Plus merupakan model pertama hadir dengan saiz 5.5-inci. Model ini turut tersenarai antara telefon pintar paling popular di dunia bersama-sama iPhone 6.

Saya akui masih ramai menggunakan iPhone 6 Plus sebagai peranti utama.Tiada salahnya untuk terus menggunakan iPhone 6 Plus.

Cuma ternyata model ini telah diisytiharkan sebagai vintaj dan menanti untuk usang.

Belasungkawa iPhone 6 Plus, dirgahayu iPhone 6 dan iPhone 5S.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mac mini Pek Permulaan Pengguna Windows?

Adakah M2 mampu menggugat M1 Pro/Max?