Jika saya anggap iPhone SE sebagai pek permulaan bagi pengguna Android untuk merasai iOS. Mac mini juga merupakan permulaan bagi pengguna Windows yang ingin berhijrah ke macOS. Mac mini merupakan unit sistem atau sesetengah menggelarnya sebagai “CPU”.
Mac mini memerlukan anda membeli atau memilih papan kekunci, tetikus dan monitor sendiri. Steve Jobs pernah menggumumkan perkara ini sewaktu pelancaran dengan menggunakan ringkasan BYODKM iaitu “Bring Your Own Display, Keyboard and Mouse”Kendatipun begitu, saya menggalakan anda membeli papan kekunci versi Mac bagi memudahkan pemahaman anda dalam menggunakan macOS.
Tiada salahnya untuk membeli papan kekunci biasa (PC), namun arahannya sedikit berlainan berbanding kekunci Mac.Pengalaman penggunaan Mac mini adalah sama seperti MacBook, iMac dan Mac Pro memandangkan ia menggunakan macOS sebagai sistem pengendalian utama.Ini bermakna anda akan peroleh 100% pengalaman yang sama seperti menggunakan produk Mac yang lain.
Saya salah seorang pengguna Mac mini, perkara paling utama saya titik berat adalah pemilihan monitor. Saya lebih menyukai monitor yang menyokong IPS atas faktor kualiti tontonan yang lebih baik.Kelemahan Mac mini hanyalah tidak mudah alih dan berbeza dengan MacBook. Jika anda kurang berkemampuan, boleh membeli Mac mini pada harga bermula RM2,999 atau RM2,779 bagi pakej Pendidikan.
Walakin begitu, anda wajib membuat kajian secara holistik terutama Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke UA/IPTS. Semak jadual pengajian anda serta pastikan perisian yang digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran menyokong macOS.
Jika sebaliknya, afdal untuk membeli PC yang menyokong Windows sahaja.Konklusinya, Mac mini merupakan satu permulaan bagi pengguna PC untuk berhijrah ke macOS. Harga yang rendah serta memberi keizinan kepada pengguna untuk memilih papan kekunci, tetikus dan monitor sendiri membuatkan ia berbeza dengan produk yang lain.Mac mini sama seperti Mac Pro yang hadir dengan sistem unit sahaja.
Cuma Mac Pro dikhaskan untuk golongan profesional.Tiada masalah untuk mencuba Mac mini, cuma pastikan anda tekad untuk beralih ke macOS kerana ia berbeza dengan apa yang anda guna sebelum ini.
SEKADAR PANDANGAN