in ,

Touch ‘n Go eWallet Perkenal Lima Langkah Keselamatan dan Sekuriti Baharu

Pembayaran tanpa tunai semakin popular ketika ini, pelbagai kaedah serta perkhidmatan ditawarkan antaranya melalui sentuhan atau mengimbas. e-dompet boleh dianggap salah satu medium pembayaran popular di Malaysia. Pada waktu ini boleh dikatakan pelbagai jenis e-dompet ditawarkan. Walakin begitu, timbul perasaan ragu-ragu dalam kalangan pengguna tentang tahap keselamatan sewaktu menggunakan e-dompet. 

e-dompet bukan sekadar mengimbas, malas pelbagai penawaran disediakan dalam aplikasi yang dipasang pada peranti mudah alih. Tidak hairanlah mengapa pengguna kuatir sekiranya e-dompet disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab malah terdedah kepada ancam penggodaman. 

Oleh itu, e-dompet seharusnya memenuhi keperluan yang digariskan oleh Bank Negara (BNM) dan satu-satunya e-dompet yang melaksanakan lima (5) langkah keselamatan tersebut adalah Touch ‘n Go Ewallet. 

Pelaksanaan 5 langkah keselamatan ini adalah melindungi keselamatan pengguna daripada penipuan kewangan dalam talian. Hakikatnya Touch ‘n Go eWallet tidak termasuk dalam senarai institusi kewangan yang wajib melaksanakan 5 langkah keselamatan ini.

Walaupun begitu, Touch ‘n Go eWallet secara sukarela menyahut seruan BNM dalam melindungi keselamatan lebih 20 juta pengguna eWallet. Sekiranya anda pengguna Touch ‘n Go eWallet, berikut 5 langkah keselamatan dan sekuriti baharu:

Lagi artikel di ifon.my  '123456' Dan 'password' Kekal Kata Laluan Terburuk Untuk Tahun Ke-5 Berturut-turut
(Langkah Keselamatan 1)

Kaedah pengesahan tertinggi telah ditambah ke eDompet sekaligus meningkatkan sekuriti serta melengkapkan SMS kata laluan sekali guna. Selain itu, pengesahan wajah juga akan digunakan untuk log masuk akaun, tukar PIN eDompet, melakukan transaksi, membayar dan menambah nilai eDompet.

(Langkah Keselamatan 2)

Memperketatkan paraturan penipuan serta menyekat sebarang transaksi mencurigakan. Ini membolehkan sebarang transaksi dengan nilai tertentu, aktiviti atau kelakuan luar dari kebiasaan dikesan, transaksi tersebut akan dihadkan atau disekat. E-mel amaran juga akan dihantar sekiranya berlaku transaksi melebihi had yang ditetapkan. 

(Langkah Keselamatan 3)

Pengesahan dan tempoh bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan kali pertama peranti selamat atau dokumen profil. Perihal tempoh bertenang adalah sewaktu log masuk eDompet menggunakan peranti baharu dengan menggunakan pengesahan kurang selamat sekaligus mencetuskan keadaan berisiko. Sebarang tambah nilai atau pembayaran akan dihadkan dalam tempoh 48 jam, jika melebihi had akan ditolak secara automatik.

(Langkah Keselamatan 4)

Mengehadkan pengesahan transaksi menggunakan satu peranti atau peranti selamat setiap akaun. Oleh yang demikian, TapSecure diperkenalkan sebagai fungsi kelulusan sekali ketik mendatori menggunakan transaksi eDompet. Ini menjanjikan hanya peranti yang terpaut sahaja boleh meluluskan semua transaksi.

Lagi artikel di ifon.my  Secure2u Adalah Madatori Bagi Aplikasi Maybank berkuat kuasa 22 Januari 2019
(Langkah Keselamatan 5)

Saluran khidmat pelanggan khas atau talian utama untuk melaporkan insiden & syak wasangka penipuan. Perlu diketahui, Touch ‘n Go eWallet adalah eDompet pertama yang menyertai National Scam Response Centre yang ditubuhkan khusus untuk menangani pertanyaan atau laporan kes penipuan yang dikendali pasukan khas operasi penipuan. Sila hubungi +603-5022 3888, pilih bahasa dan pilih “4” untuk “Fraud” untuk membuat sebarang laporan. 

Melalui 5 kaedah yang ditawarkan, sedikit sebanyak dapat meminimumkan sebarang ancaman siber atau penipuan dalam talian. Saya amat menggalakkan anda untuk mengikuti 5 kaedah yang ditawarkan. 

Jika anda bukan pengguna Touch ‘n Go eWallet, anda boleh muat turun di Play Store dan App Store dengan pendaftaran secara PERCUMA. Apa tunggu lagi, sila ikuti 5 kaedah yang ditawarkan bagi memastikan kita cakna tentang isu keselamatan siber serta data peribadi. 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah M2 mampu menggugat M1 Pro/Max?

vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia