in ,

vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia

Semalam berlangsungnya pelancaran vivo Y100 5G oleh vivo Malaysia yang bertempat di Brick Studio By Metal Bees.

Melalui tanda harga RM1,199,  kita akan menikmati penawaran berkelas premium dengan kadar segar semula 120Hz panel AMOLED serta sokongan 5G

vivo Y100 5G turut menawarkan ingatan capaian rawak sebesar 8GB + 8GB, storan dalaman 256GB, kapasiti bateri 5,000 mAh serta pengecasan kilat 80W.Telefon pintar dalam segmen aras permulaan (entry level) menjanjikan spesifikasi empat bintang dengan harga “marhaen”.

vivo Y100 5G menumpukan kepada kualiti bahan binaan melalui “EcoFiber Leather” yang kalis air serta kotoran.Krew saya telah menguji ketahanan vivo Y100 5G menggunakan air bersih, kopi serta pena penanda (marker pen). Ternyata segala ujian tersebut telah lulus dengan jayanya.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone X Mempunyai Susut Nilai Yang Terendah Berbanding Model Sebelumnya.

Selain itu, vivo Malaysia turut menawarkan servis selepas jualan berkelas premium seperti kos buruh, servis janji temu, servis penyelenggaraan dan penghantaran secara percuma.

vivo Y100 5G dalam kategori permulaan sudah semestinya tertumpu kepada golongan yang melakukan tugasan ringan seperti melayari web, penstriman video seperti YouTube, permesejan seperti WhatsApp dan lain-lain.

Jika anda berminat dengan vivo Y100 5G, boleh berkunjung di wakil jualan yang sah seperti Harvey Norman, Maxis, Lazada, Shopee dan lain-lain.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Touch ‘n Go eWallet Perkenal Lima Langkah Keselamatan dan Sekuriti Baharu

Apple meluncurkan perisian tegar 6E188 khusus untuk AirPods Pro 2