in ,

vivo Malaysia Melancarkan Siri iQOO Z9 5G

Hari ini vivo Malaysia telah melancarkan iQOO Z9 5G serta iQOO Z9X 5G di GMBB- The Grey Box, Kuala Lumpur yang dihadiri pengurusan tertinggi vivo Malaysia, pempengaruh, media, rakan perniagaan dan lain-lain. Acara yang penuh gilang gemilang dengan diselitkan dengan dentuman muzik dari DJ yang dijemput khas menambahkan lagi kehangatan suasana. vivo Malaysia juga turut melantik Le Josette selaku Duta baharu bagi iQOO.

Umum mengetahui iQOO menumpukan untuk golongan remaja yang mengerti tentang dunia telefon pintar secara holistik, sekali gus dapat membuat penilaian khusus tentang jenama ini.

Acara bermula dengan pelancaran iQOO Z9 5G yang merupakan telefon pintar segmen sederhana (mid-range) , menjanjikan pengalaman menakjubkan pada harga marhaen. iQOO Z9 5G dijana dengan pemproses Snapdragon 7 Gen-3 dengan Ingatan Capaian Rawak (RAM) sebesar 12GB, storan dalaman 256GB, kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, iQOO Z9 5G hadir dengan bateri grafit dengan kapasiti 6,000 mAH yang menjanjikan ketahanan bateri sehingga 8 jam bagi bermain permainan mudah alih, 13 jam rakaman video pendek serta 43 jam panggilan suara. iQOO Z9 5G turut menyokong pengecasan kilat 80W.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia

iQOO Z9 5G turut menyokong pengimbas cap jari optik yang terbina dalam skrin. Malah sokongan 5G menawarkan kelajuan muat turun yang tinggi serta penarafan IP64 untuk kalis air serta debu.

iQOO Z9 5G memfokuskan kepada pemain permainan mudah alih yang mahukan prestasi baik saat bermain disamping ketahan bateri lebih lama. Pembesar suara juga turut terbina dua bahagian atas serta bawah yang pasti akan menghasilkan bunyi yang mengagumkan.

Saya telah menggunakan peranti ini hampir dua minggu dan berpuas hati dari segi prestasi walaupun tidak setanding segmen andalan. Ketahan bateri yang sangat lama membuatkan saya tidak gusar keluar rumah tanpa perlu membawa bank kuasa (power bank). Anda boleh tonton ulasan saya di saluran rasmi YouTube.

Walaupun kamera iQOO Z9 5G bukan keutamaan, melalui sensor IMX 882 50 megapixel menjanjikan kualiti gambar sangat baik tidak kira dalam suasana cerah atau kurang pencahayaan. Bagi membuktikannya, gambar di bawah di ambil sewaktu acara pelancaran iQOO yang berlangsung sebentar tadi.

iQOO Z9 5G sesuai untuk golongan remaja yang mahukan peranti mesra permainan mudah alih dengan harga jimat. iQOO Z9 5G didatangkan dengan warna Phantom Black dan Breeze Green . Harga jualan bermula RM1,399 (8GB+256GB) dan RM1,499 (12GB + 256GB).

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G

iQOO Z9X turut ditawarkan dengan 6,000 mAh serta pemproses Snapdragon 6 Gen-1 berteraskan 4nm dengan skor Antutu sebanyak 570,456. Model ini turut hadir dengan RAM12GB, pengecasan pantas 44W, panel LCD dengan kecerahan puncak sebanyak 1,000 nits, serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Harga jualan bermula RM999(8GB +128GB), RM1,099 (8GB + 256GB) dan RM1,199 (12GB + 256GB).

Model ini turut menyokong penarafan IP64 bagi kalis air, kamera 50 megapixel dan hadir dengan dua warna Mystic Black dan Northen Green.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Haram Beli Waranti Tambahan Untuk Produk Apple?