in ,

Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Filem yang menceritakan tentang pergolakan rumah tangga, penderaan, penderitaan serta pengorbanan seorang isteri demi menjaga rumah tangga.

Tari seorang gadis yang hidup dalam kemusnahan dek kerana perlakuan ayahnya yang sering mendera fizikal dan mental ibunya.

Malah kejadian tersebut telah memberi kesan trauma dahsyat hingga kakaknya Bunga melarikan diri kerana tidak sanggup hidup dalan ketakutan.

Kesetiaan ibunya yang berharap suaminya akan berubah suatu hari nanti memberi kesan besar terhadap Tari yang baru menempuh alam pekerjaan.

Panas baran ayahnya menjadikan Tari seorang gadis yang lemah dan terpaksa menyembunyikan segala kesedihan demi menjaga hati rakan sekerja. Sikap lemah lembut Tari telah dipergunakan oleh segelintir rakan sekerja hingga menambahkan lagi emosinya.

Satu persatu masalah, menyebab Tari terpaksa hadir ke sesi kaunseling bagi mengembalikan kenyakinan diri, walaupun permasalahan tidak putus datang.

Kehadiran Baskara sedikit sebanyak mengubah corak hidup Tari. Baskara sering memberi nasihat dan kekuatan kepada Tari untuk kekal positif. Walau bagaimanapun, sikap Baskara yang panas baran sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi Tari yang beranggapan sikap Baskara sama seperti ayahnya.

Lagi artikel di ifon.my  Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

Dengan bantuan Baskara, Tari dapat memujuk ibunya untuk keluar dari rumah tersebut. Pemergian kedua-dua mereka telah menambahkan lagi amukan ayahnya yang mencari sehingga ke tempat kerja.

Adakah Tari dapat menyelamatkan diri dari kesengsaraan yang dilakukan oleh ayahnya dan bagaimana nasib ibunya, anda perlu menontonnya.

Filem ini banyak memberi nilai pengajaran kepada kita akan pentingnya untuk merujuk kepada jabatan bertanggungjawab sekiranya berlaku kes penderaan.

Masalah seperti ini tidak asing, boleh dikatakan sebati dalam diri seseorang. Kesan trauma yang dihadapi suatu ketika dahulu ingin ditutup dengan ‘kegembiraan’ yang ada sekarang.

Filem ini mempunyai dua pendapat yang berbeza. Berdasarkan maklum balas beberapa penonton, ada yang memberikan skala tertinggi kerana penceritaan itu hakikatnya benar-benar berlaku, sebahagian pula sebaliknya dan lebih fokus kepada plot dan penceritaan secara teknikal.

Lagi artikel di ifon.my  This Land of Mine : Misteri Pulau Raksasa?

Saya bersyukur kerana tidak lahir dalam keluarga yang berantakan. Namun, tidak bermakna saya gembira melihat sebahagian keluarga terpaksa hidup dalam ketakutan.

Penderaan dan isu rumahtangga seharusnya diselesaikan secara noktah. Jangan sampai memberi kesan negatif kepada ahli keluarga. Lakonan semua Pelakon secara keseluruhan amat berkualiti, malah pembinaan karektor juga ditunjukkan dengan baik dengan durasi filem sekitar 1 jam 41 minit.

Sinematografi dan nilai produksi juga baik. Filem ini menzahirkan kisah sebenar tanpa perlu menggunakan solekan cantik sebagai strategi pemasaran.

Jutaan terima kasih kepada pihak Antenna Entertainments kerana sudi menjemput kami sebagai rakan media menonton Tayangan Istimewa ini.

Boleh dikatakan sebahagian penonton menangis dan ada yang ‘mengamuk’ gara-gara kesetiaan yang tidak terhingga sang isteri kepada suami.

Nasihat saya, jika anda mempunyai pengalaman sama, bawa rakan untuk menemani anda. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengawal emosi sewaktu menonton filem ini.

Skala : 7.4/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Alat Bantu Pendengaran AirPods Pro 2 Sudah Diluluskan?

Project ; Exit Mengangkat Isu Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar