in ,

Empat Dekad Berlalu, Malam Ini Penentu Juara AJL40

Malam ini bukan sekadar malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40. Selepas empat dekad, pentas ini sekali lagi menjadi medan penentuan untuk memilih satu karya yang bakal bergelar Juara Lagu ke-40 daripada 10 buah lagu yang berjaya mara ke pentas akhir.

AJL40 akhirnya sampai ke kemuncaknya. Sebanyak 10 karya akan berentap untuk merebut gelaran Juara Lagu ke-40, sekali gus menambah satu lagi nama dalam sejarah panjang anugerah muzik berprestij ini.

Namun begitu, AJL40 bukan hanya tentang siapa yang membawa pulang trofi. Persembahan, susunan muzik, penataan gaya, fesyen, visual, koreografi dan segala kejutan di atas pentas turut menjadi tumpuan dalam menentukan momen yang bakal dikenang.

Lagi artikel di ifon.my  Tonton buka pintu kepada bakat baharu, hampir 300 hadir uji bakat pelakon

10 lagu yang bakal berentap malam ini ialah Lumangad Oku Dika, Kamu, Cak Cak Cekuk, Kemana Ni, Tak Adil, Tangisan Seorang Pendosa, Semacam Pandora, Lemah, Nurcinta dan Tiwikarma.

Menariknya, kemenangan malam ini bukan sekadar soal prestij. Juara AJL40 berpeluang membawa nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, sekali gus membuka lembaran baharu buat karya muzik tempatan di pentas antarabangsa.

Persoalannya, siapakah yang bakal mengangkat trofi Juara Lagu ke-40?

Malam ini kita saksikan sendiri. 40 tahun, 40 edisi dan satu juara. AJL40 berlangsung malam ini, 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam dari Unifi Arena, Bukit Jalil menerusi TV3 dan Tonton.

Lagi artikel di ifon.my  Tonton buka pintu kepada bakat baharu, hampir 300 hadir uji bakat pelakon

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Astro Raikan 30 Tahun, Tampil Pelbagai Tawaran Eksklusif Buat Masyarakat Malaysia