Minggu pertama bulan Oktober adalah cuti hari kebangsaan di China. Kuo hari ini telah melaporkan bahawa kebanyakan pengeluar telefon pintar domestik menyaksikan jualan yang merosot dari tahun ke tahun bagi minggu pertama pada bulan Oktober.
Kuo menambah kemerosotan ini berpunca dari kelembapan inovasi, Pengguna lebih cenderung memilih iPhone model terdahulu serta terdapat Pengguna menunggu pra tempah bagi IPhone Xr.
Kuo turut berkongsi laporan di mana beliau menjangkakan permintaan bagi iPhone Xr lebih tinggi berbanding iPhone 8 bagi pasaran di China.
Kuo dalam masa yang sama turut mengeluarkan laporan bahawa hanya Huawei sahaja jenama telefon pintar yang mempunyai permintaan yang positif berbanding OPPO,Vivo dan Xiaomi yang mengalami kemerosotan sekitar 10% bagi permintaan domestik.
Kuo buat masa ini tidak dapat memberikan penjelasan berkenaan permintaan terhadap iPhone Xs dan iPhone Xs Max di China, namun terdapat laporan yang menjelaskan bahawa permintaan pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max di China sangat mendukacitakan.
Secara peribadi saya pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa jualan iPhone Xr akan menandingi iPhone Xs dan iPhone Xs Max bagi pasaran di Malaysia.
Walaupun terdapat beberapa pengguna di Malaysia cenderung memilih iPhone model keluaran terdahulu berbanding terkini. Saya menjangkakan peratus pengguna memilih iPhone 8 dan iPhone 8 Plus sedikit lemah disebabkan permintaan yang tinggi pada iPhone Xr.
iPhone Xr hakikatnya mendapat kritikan di kalangan pengguna di Malaysia disebabkan resolusi skrin yang sangat mendukacitakan.
Saya berpandangan isu ini bukanlah satu isu yang kritikal memandangkan bukan semua pengguna cakna akan spesikasi yang hadir pada iPhone Xr.
Kebanyakkan pengguna akan memilih iPhone Xr disebabkan harga,rekaan dan ekosistem iOS.
Konklusinya, berdasarkan laporan iPhone Xr akan berada di pasaran Malaysia pada 26 Disember 2018. Saya juga yakin Pengguna di Malaysia akan memilih iPhone Xr berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max.
SEKADAR PANDANGAN