U Mobile meneruskan usaha mendekati masyarakat menerusi Jelajah ULTRA5G: Edisi Pantai Timur, susulan kejayaan mencapai liputan 5G di 90% kawasan berpenduduk di seluruh negara lebih sembilan bulan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.
Bermula 23 Oktober hingga 7 November 2026, siri jelajah ini akan mengunjungi Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu, sekali gus memberi peluang kepada penduduk Pantai Timur mengenali rangkaian ULTRA5G dengan lebih dekat menerusi pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi teknologi dan persembahan hiburan.
Pencapaian tersebut menjadi satu lagi perkembangan penting buat U Mobile dalam memperluas capaian rangkaian generasi kelima di Malaysia. Menurut syarikat telekomunikasi itu, ULTRA5G kini mempunyai liputan 5G kawasan berpenduduk paling luas di negara ini. Malah, awal tahun ini, Ookla turut mengiktiraf U Mobile sebagai Rangkaian 5G Terpantas dan Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia.
Menerusi penganjuran jelajah ini, U Mobile bukan sekadar meraikan pencapaian rangkaiannya, malah mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai sendiri bagaimana teknologi 5G boleh diterokai melalui pengalaman yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Antara tarikan yang disediakan termasuk pengalaman digital interaktif, demonstrasi robot humanoid berkeupayaan 5G, aktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta demonstrasi produk dan perkhidmatan U Mobile. Pendekatan ini turut menggabungkan elemen teknologi dan hiburan bagi menjadikan kunjungan lebih menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Suasana jelajah dijangka lebih meriah dengan kemunculan artis tempatan Sharul Kamal dan Tomok, selain penglibatan juruhebah radio serta pemuzik jalanan di lokasi terpilih sepanjang program berlangsung.
Jadual Jelajah ULTRA5G: Edisi Pantai Timur
Dalam masa yang sama, pengunjung juga berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai percubaan eSIM ULTRA5G percuma selama tujuh hari yang menawarkan 10GB data 5G. Inisiatif ini membolehkan rakyat Malaysia mencuba rangkaian berkenaan sebelum meneruskan pengalaman penggunaan di luar acara jelajah.
Kuantan, Pahang
- 23 Oktober 2026 (Jumaat), 11.00 pagi – 10.00 malam: Jelajah di sekitar Bandar Kuantan, termasuk Pasar Pagi Kampung Jawa, East Coast Mall, Kuantan City Mall, Kuantan Parade, Pasar Lambak Indera Mahkota, Pasar Malam di Padang MBK 1, Berjaya Megamall, Kuantan 188, Kuantan Esplanade, Pasar Tani UTC Kuantan dan Pasar Besar Kuantan.
- 24 Oktober 2026 (Sabtu), 2.00 petang – 10.00 malam: Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Kelantan
- 30 Oktober 2026 (Jumaat), 2.00 petang – 10.00 malam: Pantai Bachok.
- 31 Oktober 2026 (Sabtu), 11.00 pagi – 10.00 malam: Sekitar Bandar Kota Bharu, termasuk Pasar Besar Siti Khadijah, KB Mall, AEON Mall Kota Bharu, Mydin Mall Kubang Kerian, Pasar Malam Wakaf Che Yeh, McDonald’s Kota Bharu DT, Lotus’s Kota Bharu, Mydin Tunjong Hypermarket dan Masjid Muhammadi.
Kuala Terengganu, Terengganu
- 6 November 2026 (Jumaat), 11.00 pagi – 10.00 malam: Sekitar Bandar Kuala Terengganu, termasuk Pasar Payang, Pasar Batu Enam, KTCC Mall, Mayang Mall, Mydin Mall KT, Pasarnita TT53, Paya Bunga Square, A&W Pantai Batu Buruk dan McDonald’s Terengganu DT.
- 7 November 2026 (Sabtu), 2.00 petang – 10.00 malam: Pantai Teluk Ketapang.
Dengan membawa Jelajah ULTRA5G ke beberapa lokasi tumpuan di Pantai Timur, U Mobile berusaha menjadikan pencapaian rangkaiannya sesuatu yang boleh dirasai sendiri oleh masyarakat, bukan sekadar angka liputan di atas kertas.
Bagi penduduk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu, jelajah ini menawarkan peluang untuk meneroka teknologi 5G, mengenali perkhidmatan yang ditawarkan serta menikmati aktiviti komuniti dan hiburan sepanjang tempoh penganjuran.
Orang ramai boleh mengunjungi lokasi yang disenaraikan mengikut tarikh dan waktu program untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ULTRA5G, termasuk tawaran percubaan eSIM percuma selama tujuh hari.