Apple Tidak Lagi Menyertakan Sambungan Lightning Ke Picu Audio Pada iPhone Terkini.

Nampaknya satu berita buruk buat pembeli yang ingin membeli iPhone model terkini di mana Apple secara rasmi tidak lagi menyertakan sambungan lightning ke Picu Audio seperti dilakukan pada iPhone 7, iPhone 8 dan iPhone X.

41g_XMEl3_To_L._SX569

Dengan ketiadaan sambungan adapter ini sedikit sebanyak akan memberi masalah sekiranya anda masih menggunakan fon kepala atau teliga yang menyokong 3.5m.

Oleh yang demikian anda perlu membelinya secara berasingan dengan harga sekitar RM49.00 di Pusat Jualan Apple yang sah.

SEKADAR PANDANGAN