Google Pixel 3 XL Mula Dijual Di Hong Kong

Belum sempat Google melancarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL pada 10 Oktober 2018 (waktu tempatan), nampaknya terdapat kedai di Hong Kong mula menjual model terbaharu ini.

Menurut laporan dari Android Police, pekedai tersebut hanya menawarkan Google Pixel 3 XL dengan harga jualan HK$15,880 atau sekitar RM8,000.00.

google-pixel-3-xl-leak

Di dalam kotak terkandung USB-C earbud, headphone jack adapter, kabel Type-C dan 18W power adapter.

Secara peribadi saya melihat Google gagal menjaga kerahsiaan produk mereka. Jika dilihat, Google Pixel 3 antara produk yang paling banyak tertiris.

Tidak dipastikan mengapa Google gagal membasmi perkara ini. Adakah produk yang selama ini tertiris hanyalah sekadar gimik dari Google atau sebaliknya?

Sama-sama kita menantikan acara pelancaran beberapa hari sahaja lagi.

SEKADAR PANDANGAN