in

Prestasi Note 9 Masih Gagal Mengatasi iPhone X

samsung note 9

Semalam Samsung baru sahaja melancarkan Note 9 yang merupakan antara model paling berkuasa dalam kelasnya.Note 9 dikuasakan dengan cip Snapdragon 845, hadir dengan kapasiti RAM berjumlah 6GB/8GB serta didatangkan dengan variasi storan 128GB dan 512GB serta menyokong kad micro SD sebesar 512GB.

Walaupun Note 9 hadir dengan spesifikasi yang agak premium, ia masih belum dapat menandingi prestasi iPhone X yang dilancarkan pada tahun 2017.

Berdasarkan ujian yang dibuat pada Geekbench 4, iPhone X mencatatkan skor sebanyak 10,357 berbanding Note 9 versi 6GB RAM  memperoleh skor 8,876. Note 9 juga dilaporkan turut tidak mampu mengatasi prestasi telefon pintar One Plus 6 yang mencatatkan skor sebanyak 9,088

Walau bagaimanapun, berdasarkan ujian grafik oleh Slingshot Extreme, One Plus 6 berada di kedudukan teratas dengan skor sebanyak 5,124.Bagi iPhone X ujian grafik mencatatkan skor sebanyak 4994 dan Note 9 memperoleh skor 4,639.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

Manakala, dari segi ujian skrin pada panel AMOLED, Samsung mencatatkan skor tertinggi iaitu sebanyak 224% sRGB warna ‘gamut’ berbanding iPhone X yang hanya mencatat 128.6%. Berdasarkan ujian keseluruhan ini, ia dapat menuntaskan bahawa Note 9 bukanlah peranti paling berkuasa untuk tahun 2018.

Namun, ia masih boleh dianggap peranti terbaik dan terkuat untuk tahun 2018 berbanding telefon pintar flagship yang lain.

SEKADAR PANDANGAN

sumber:9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ingenious ad

Samsung Tampil Dengan Dua Iklan Terbaharu Kesinambungan Dari Iklan Sebelum Ini.