Hakikatnya isu ini telah banyak kali saya tekankan di Twitter. Namun disebabkan ada permintaan yang tinggi saya cuba membantu segelintir pengguna yang kurang mahir dalam selok belok membeli iPhone.
Hatta kita menyalahkan Apple kerana menghasilkan iPhone yang tidak berkualiti, apa kata kita muhasabah diri dan siasat adakah itu kesilapan dari mereka atau kita yang tersilap langkah.
Secara praktikalnya anda harus membeli iPhone di wakil jualan iPhone yang sah seperti Machine Malaysia atau Switch Malaysia.Namun, disebabkan harga yang agak mahal pengguna mencari alternatif lain dengan membeli di IG Shop dan Kedai bukan AAR.
Secara peribadi, saya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anda mahu membelinya di mana-mana tempat sekalipun. Namun, berhati-hati semasa membelinya kerana dikhuatiri ia merupakan iPhone Refurbish.
Pertama sekali anda perlu faham adakah iPhone Refurbish tidak berkualiti dan mudah rosak?
Hakikatnya iPhone Refurbish mempunyai dua makna berbeza iaitu:
(iPhone Refurbish Certified by Apple)
iPhone ini menggunakan 100% komponen asli dan Apple memberikan 1 tahun jaminan.
(iPhone Refurbish Fake)
Kebanyakan iPhone model ini menggunakan komponen tiruan termasuklah bateri, skrin serta housing. Hanya motherboard sahaja yang asli.
iPhone ini tidak dijamin oleh Apple dan kebiasaannya pekedai memberi warranti kedai selama 3 hingga 12 bulan.
Berdasarkan laporan dan aduan daripada pembeli iPhone sebelum ini. Kebanyakan pembeli tertipu dengan tektik pengiklanan yang meragukan iaitu.
1- iPhone Seal Box
2- iPhone New Set
3- iPhone 100% original
Kedua-dua perkataan ini sedikit sebanyak akan menarik ramai pembeli untuk membeli iPhone tersebut memandangkan mereka beranggapan ia adalah iPhone baru.
Setelah membeli iPhone tersebut maka bermulalah secara bentuk masalah setelah pengguna mengemaskini iOS mereka.
Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan komponen tiruan akan menyebabkan iOS gagal berfungsi dengan baik.Disitu anda menyalahkan kualiti Apple sedangkan anda menggunakan iPhone Refurbish Fake.
Bukan semua penjual mengambil peluang di atas kebodohan pembeli. Tapi kebanyakannya begitulah.Penjual di IG Shop khususnya hanya mahukan stok mereka habis dan mengambil hasil keuntungan dengan bergaya sakan di IG mereka.
Apabila pengguna mengetahui sindiket penipuan, mereka tidak mahu bekerjasama dan menyalahkan pembeli.Saya tidak nafikan bahawa pembeli harus dipersalahkan kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Namun, penjual harus bertanggungjawab memandangkan mereka tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan perkara ini.Saya akui terdapat sebilangan penjual menjelaskan kepada pembeli berhubung iPhone Refurbish. Tapi kebiasaannya ia dijawab setelah ditanya oleh pembeli.
Bagi pembeli yang bodoh dan hanya membayar tanpa banyak soal, penjual hanya berdiam diri.Dalam konteks ini saya menyalahkan dua-dua pihak. Namun, penjual harus menjelaskan dengan lebih lanjut di dalam ruangan pengiklanan mereka.
Tiada istilah iPhone Seal Box kalau iPhone tersebut refurbish. Dan tiada istilah New Set jika iPhone tersebut hanya warranti kedai.Saya tidak menyebut mana-mana kedai atau IG Shop. Tapi sejarah membuktikan bahawa kebanyakan dari mereka hanya inginkan keuntungan semata-mata.
SEKADAR PANDANGAN