Satu undian telah dibuat dalam tempoh 24 jam di platform X saya melibatkan 1,396 warga maya.
Setelah undian ditutup, 35% warga maya memilih iPhone 16 Pro warna Titanium Padang Pasir sebagai warna pilihan utama.31% pula memilih Hitam Titanium, 21% Titanium Semula Jadi dan 13% Putih Titanium.

Nampaknya tahun ini warna Titanium Semula Jadi tidak mendapat perhatian tidak seperti yang berlaku pada tahun lalu. Warna Titanium Semula Jadi merupakan warna paling diminati oleh Tim Cook sewaktu pelancaran iPhone 15 Pro.
Warna merupakan salah satu faktor penyebab mengapa seseorang itu membeli atau menaik taraf ke iPhone baharu.
Sebelum ini, saya pernah mendapatkan maklum balas dalam kalangan warga maya dan majoriti bersetuju bahawa warna antara salah satu alasan mengapa mereka menaik taraf ke iPhone baharu.
Bagaimana pula dengan anda?