in , ,

Memilih iOS atau Android Sama Seperti Memilih Coke atau Pepsi

Semalam saya terbaca luahan dari  pengguna iPhone di sebuah laman sosial yang begitu skeptikal dengan sistem operasi Android.Saya pelik, kenapa masih ada pengguna iPhone masih bersikap prejudis terhadap Android.

Mereka memperlekehkan Android seolah-olah iOS ini terhebat di dunia . Saya akui bahawa Android suatu masa dulu tidak mesra pengguna.Namun, janganlah kita mengungkit kisah lama.

Jika anda pengguna iOS 11. Tahukah anda bahawa kemaskini kali ini antara yang terbanyak jika dibandingkan dengan tempoh perlepasan bagi versi iOS terdahulu?

Saya hakikatnya telah mengeluarkan artikel di mana saya telah membuat kesimpulan bahawa iOS 11 merupakan ‘The Buggiest iOS Release Ever’.Jika dibandingkan dengan iOS 7 hinggalah iOS 11. Versi iOS 11 paling banyak masalah dan menyebabkan iPhone tidak stabil.

Tahukah anda bahawa semalam Craig Federighi yang merupakan Ketua Pembangun iOS telah merubah roadmap mereka yang mana pada tahun ini mereka mula memfokuskan kepada kestabilan iOS berbanding memperkenalkan ciri-ciri baharu dalam iOS?

Apple juga boleh dikatakan berada dalam keadaan tertekan ketika ini akibat dari merahsiakan bahawa mereka telah memperlahankan prestasi iPhone dengan memperkenalkan fungsi power management pada iOS 10 dan iOS 11.

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Membeli iPhone Terpakai

Jika benar iOS hebat, kenapa Apple terpaksa melakukan perkara sedemikian bukan?Satu lagi sikap yg saya lihat pada pengkritik Android adalah membandingkan iPhone X/8 dengan telefon Android yang harga RM1000 kebawah.

Adakah anda sedar bahawa iPhone dijual pada harga RM3000.00 ke atas. Kalau benar nak bandingkan dengan Android ia harus sama taraf.Tidak keberatan jika saya samakan memilih Android atau iOS sama seperti memilih Coke atau Pepsi.

Jika pengguna iPhone mahu melihat Android sekarang. Beli Google Pixel 2 XL, HTC U11 atau Note 9. Di situ baru anda tahu langit dan bumi.Secara peribadi, iOS dan Android masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. Buat masa ini, mereka boleh dikatakan berada di satu tahap yang boleh dibanggakan.

Saya akui bahawa sesetengah pengguna mengatakan bahawa iPhone hanya perlu 2GB RAM sahaja berbanding Android flagship yang terpaksa dipasang lebih dari 4GB.

Ya, saya akui semua itu. Namun, kita harus akui bahawa Apple mempunyai kelebihan di mana mereka membangunkan sendiri hardware dan Software untuk produk mereka.

Berbanding jenama Android seperti HTC, Samsung, One Plus, Motorola dan lain-lain. Mereka hanya membangunkan hardware semata-mata.

Lagi artikel di ifon.my  Mekanisme Pulih Semula Bagi iPhone Masa Hadapan

Namun, Google telah melangkah ke hadapan dengan membangunkan hardware dan Software mereka sendiri.Tidak hairanlah ramai editor luar memuji Pixel Phone yang mereka hasilkan. Jika anda melihat kebanyakan editor luar mula menggunakan Pixel 2 XL sebagai daily driver mereka.

Nasihat saya. Tidak kira apa jua sistem operasi yang anda pakai sama ada iOS atau Android. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Oleh itu, anda sebagai pengguna harus memilih yang mana sepadan dengan anda.

Jika benarlah iOS ini paling hebat di dunia, tahukah anda mengikut data dari IDC untuk suku pertama tahun 2017. iOS hanya menguasai sebanyak 14.7% sahaja berbanding Android yang menguasai 85%.

Ya, saya akui bahawa Android mempunyai kelebihan disebabkan ramai pengeluaran telefon pintar menggunakan sistem operasi mereka.Namun, anda harus sedar bahawa Android masih mendominasi pengguna pada telefon pintar jika mengikut populasi penduduk dunia.

Saya bukanlah mahu mengatakan bahawa Android ini lebih baik daripada IOS. Cuma mahu mengubah mentaliti sesetengah pengguna iPhone atau iFag bahawa iOS ini paling hebat di dunia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

iPhone 7 Plus Model iPhone Paling Popular Di Malaysia