in , ,

Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

Saya terpanggil untuk mengulas kembali perkara ini kerana tertarik dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang netizen di satu laman sosial.

Ihsan dari laman sosial Apple USer Group Malaysia (AUG)
Ihsan dari laman sosial Apple USer Group Malaysia (AUG)

Berdasarkan soalan yang dinyatakan ini tentu sekali anda semua tertanya-tanya mengapa harga iPhone X sebegitu mahal sedangkan di Amerika Syarikat Note 9 dan iPhone X masing-masing dijual pada harga USD 1,000.00.

Mengapa harga iPhone sebegitu tinggi?

Berdasarkan nilai tukaran wang yang diperoleh oleh Bank Negara Malaysia pada 13 Ogos 2018, 1USD bersamaan dengan RM4.0925. Jika kita mengira secara kasar sepatutnya harga iPhone X dan Note 9 adalah sekitar 
RM 4,092.50

Walau bagaimanapun, anda harus faham bahawa setiap negara mempunyai tanda harga berlainan bergantung kepada kos pengiklanan, penghantaran dan Value-Added Tax (VAT)

Berikut merupakan tanda harga iPhone X bagi beberapa buah negara sebagai rujukan anda semua.

Harga iPhone sedunia
 Ihsan: Business Insider 

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa negara Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat antara negara yang menjual iPhone X terendah di dunia setakat 22 Jun 2018.

Hal ini juga sama seperti tanda harga yang dijual oleh Samsung. Walau bagaimanapun, setakat ini saya belum dapat fakta jelas berapakah senarai harga yang dikenakan ke atas Galaxy Note 9 di beberapa buah negara.

Oleh yang demikian, penulisan kali ini saya ingin memfokuskan mengapa Apple menjual iPhone dengan harga yang tinggi di Malaysia sedangkan kadar tukaran asas kita masih rendah.

Jika dilihat pada senarai harga yang dijual bermula dari iPhone generasi pertama, jelas menunjukkan bahawa harga iPhone di Amerika Syarikat tidak mengalami peningkatan yang tinggi berbanding di Malaysia.

Sebagai contoh harga bagi iPhone 5 32GB dijual pada harga USD749.00 atau di Malaysia pada harga RM2,749.00.

Lagi artikel di ifon.my  Dilema : iPhone 15 Pro atau iPhone 16?

Namun akibat masalah ekonomi dan kejatuhan ringgit, harga iPhone 6S naik mendadak dan dijual pada harga RM3,699.00 bagi storan 64GB walaupun harga di Amerika Syarikat kekal USD749.00

Jika kita melihat tanda harga pada iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus ketiga-tiga model ini dijual pada  harga yang tinggi walaupun di Amerika Syarikat dijual pada harga yang lebih kurang sama.

Bagaimana harga iPhone di Malaysia dinilai, sedangkan kadar mata wang pada ketika ini berlegar sekitar 1USD bersamaan RM4.0925?

Berikut merupakan formula yang telah saya gunakan untuk mengira kadar yang dikenakan oleh Apple di Malaysia.

iPhone 7
iPhone 7

Jika dilihat harga bagi iPhone 7 32GB dijual pada harga RM2,593.00 manakala di Amerika Syarikat dijual pada harga USD 549.00.

Berikut merupakan formula yang digunakan:

iPhone 7 32GB (RM2593.00)
iPhone 7 32GB (USD549)

Bermakna
RM2593.39 / RM549 (RM4.72)
Oleh yang demikian kadar tukaran asas yang ditetapkan oleh pihak Apple adalah RM4.72

Kurang Yakin?

iPhone 6S
iPhone 6S 32GB (USD449)
USD449 x 4.72 =RM2,119.28 (RM2,129.00)

iPhone SE 
iPhone SE 32GB (USD349.00)
USD349xRM4.72 =RM 1,647.28 (RM1650.00)

“Ini menuntaskan harga bagi iPhone 8 / iPhone 8 Plus dan iPhone X akan menggunakan nilai asas iaitu RM4.72”

Namun, setelah dibuat pengiraan harga menggunakan formula di atas didapati harga jualan agak kurang tepat.Oleh yang demikian, setelah dibuat sedikit kajian saya mendapati pihak Apple telah menambah caj sebanyak RM150 bagi semua peranti baru mereka.

Sekiranya ramalan saya tepat mari lihat formula baharu yang telah saya tetapkan.

Berikut merupakan formula bagi pengiraan

iPhone X 64 GB
(USD999x4.72) + RM150 = RM 4865.28 (RM4,857.00)

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Membeli iPhone Terpakai

iPhone X 256 GB 
(USD1,149×4.72) + RM150 =RM 5,573.28 (RM5,565.00)

iPhone 8 64 GB
(USD699x4.72) + RM150 =RM 3,449.28 (RM3,442.00)

iPhone 8 256 GB
(USD849x4.72) + RM150 = RM 4,157.28 (RM4,150.00)

Berdasarkan formula ini jelas menunjukkan bahawa Apple mengenakan caj RM150 bagi setiap model iPhone terbaru mereka.Belum dapat dipastikan mengapa Apple mengenakan caj tersebut.

Mengapa iPhone di Malaysia tidak menggunakan kadar semasa? Itulah soalan klise di kalangan netizen. Anda harus akui bahawa iPhone bukanlah seperti emas yang perlu dijual pada harga semasa.

Jika ia dinilai pada harga semasa, ini akan merumitkan keadaan di Wakil Penjual Sah Apple dan juga pembeli itu sendiri. Kemungkinan kadar RM4.72 ini telah termasuk kos-kos yang telah saya nyatakan seperti di atas.

Formula ini bukanlah rasmi, dan ia hanya sebagai panduan untuk anda membuat anggaran pada model iPhone akan datang. Berdasarkan nilai asas ini juga anda boleh membuat kesimpulan bahawa harga iPhone tinggi di Malaysia adalah disebabkan kadar asas yang tinggi akibat kelamahan ringgit dan tambahan kos-kos lain.

Walau bagaimanapun, harga iPhone di Malaysia masih di paras yang rendah jika dibandingkan dengan beberapa buah negara lain di seluruh dunia.

Saya berpendapat harga iPhone akan kekal buat masa ini disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi Malaysia, minyak dan perubahan kerajaan baharu di Malaysia.

Dengan peningkatan kadar asas inilah menyebabkan pengguna mula beralih daripada MY Set kepada set Import yang jauh lebih murah serta boleh dihantar ke beberapa Pusat Servis Apple yang sah memandangkan mereka menerima iPhone set import asalkan ia masih dalam tempoh jaminan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Mengesahkan Bahawa Bateri Galaxy Note 9 Selamat

Michael Kors Melancarkan Jam Pintar Baharu.