in ,

Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kembali memandang mendapat permintaan beberapa orang pembaca di laman Twitter saya sebelum ini. 

Mungkin ramai yang kurang mengetahui bahawa case iPhone juga penyebab mengapa kesihatan bateri iPhone anda semakin teruk.

gambar sekadar illustrasi

Hatta kita menyalahkan iOS dan kabel,namun kita lupa bahawa penggunaan case yang terlalu ketat dan bahan binaan yang tidak menyerap haba akan mengakibatkan masalah pada bateri anda.

Anda perlu mengetahui bahawa bateri amat sensitif pada suhu persekitaran. Sekiranya case iPhone tidak mampu menyerap haba. Ia akan meningkatkan suhu iPhone. Natijahnya ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kesihatan bateri terganggu.

Berikut kenyataan pihak Apple yang saya jadikan panduan

All rechargeable batteries are consumable components that become less effective as they chemically age and their ability to hold a charge diminishes. Time and the number of times a battery has been charged are not the only factors in this chemical ageing process.

Device use also affects the performance of a battery over its lifespan. For example, leaving or charging a battery in a hot environment can cause a battery to age faster. These are characteristics of battery chemistry, common to lithium-ion batteries across the industry.

A chemically aged battery also becomes less capable of delivering peak energy loads, especially in a low state of charge, which may result in a device unexpectedly shutting itself down in some situations.

Kesalahan memilih case yang sesuai juga akan mengganggu tahap capaian WIFI atau rangkaian 3G/4G anda.Anda perlu mengetahui bahawa antena iPhone berada di sekitar kerangka iPhone itu sendiri.

Lagi artikel di ifon.my  Celcom Menawarkan Apple Watch Siri 3 PERCUMA Kepada Pelanggan Bertuah

Sebab itulah ramai merasa pelik mengapa iPhone mereka tidak mendapat signal 3G/4G yang maksimum. Oleh itu, cuba anda buka case buat sementara waktu. Dan lihat adakah case anda mengganggu tahap capaian network tersebut.

Isu kosmetik juga menjadi topik hangat bagi peranti iPhone 6S dan iPhone 7. Tidak keberatan jika saya katakan bahawa penggunaan case yang tidak sesuai akan mengakibatkan masalah kepada isu kosmetik.

gambar sekadar illustrasi

Oleh itu, anda harus sering membuka iPhone anda dan mencuci atau memastikan kondisi iPhone adalah kering semasa berada dalam case. Ingatlah , case bukan hanya sekadar melindungi iPhone atau sebagai kosmetik.

Ia juga memainkan peranan penting bagi memastikan kelestarian iPhone anda.

Lagi artikel di ifon.my  Mekanisme Pulih Semula Bagi iPhone Masa Hadapan

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 2018 Bakal Hadir Dengan Storan 512GB Dan Bakal Menyokong Apple Pencil

Adakah Kabel Pengecasan iPhone Anda Mempunyai Pengesahan MFi?