Apple Menerbitkan Iklan Terbaharu Apple Watch Siri 4

Apple Watch Siri 4 merupakan produk terbaharu dilancarkan oleh Apple beberapa minggu lepas dan pengguna boleh mendapatkan Apple Watch Siri 4 (GPS)  pada harga bermula $399 untuk saiz 40mm dan $429 bagi 44mm di laman rasmi Apple US.

Setakat ini Apple Watch Siri 4 masih belum memasuki pasaran Malaysia dan saya menjangkakan pertengahan Oktober atau awal November sebagai tarikh rasmi penjualan Apple Watch Siri 4 di Malaysia.

Terkini pihak Apple telah menerbitkan satu iklan bagi Apple Watch Siri 4 di laman YouTube Apple Kanada.

https://www.youtube.com/watch?v=eanMGJPbc5Q
Apple Kanada

Setakat ini belum dapat dipastikan berapakah harga jualan bagi model di Malaysia. Walaubagaimanapun saya menjangkakan harga jualan sekitar RM1,699.00 bagi 40mm dan RM1,849.00 bagi 44mm.

SEKADAR PANDANGAN