in ,

vivo siri V40 Mencipta Imej Potret Bertaraf Profesional Sempena Nights Of Fright 10

Pihak vivo Malaysia secara eksklusif telah menjemput kami ke Nights Of Fright 10 yang berlangsung di Sunway Lagoon sambil berpeluang menangkap gambar menggunakan telefon pintar vivo siri V40.

Sebelum kami mengembara ke rumah hantu, kami dibawa ke bilik VIP untuk merasai juadah makanan yang amat menyelerakan disamping melakukan beberapa aktiviti.

Berikut rumusan kami sewaktu berkunjung ke NOF10 sambil menangkap gambar menggunakan telefon pintar daripada vivo Malaysia.

1. Pas Express (express pass)

Tolong beli pas express jika anda mahu merasai semua kemudahan yang ditawarkan di NOF10. Kebiasaannya anda terpaksa menunggu sekitar 30 hingga 45 minit untuk masuk masuk ke setiap rumah hantu.

Memandangkan NOF10 dibuka sehingga jam 11:00 malam. Agak mustahil untuk anda merasai semua rumah hantu yang ditawarkan tertakluk kepada jumlah pengunjung. Kendatipun begitu, harga bagi pas express agak mahal bergantung kepada anda sama ada mahu atau sebaliknya.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan Warna Baharu Bagi Peranti Y100 5G
Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

2. Keseraman (3/10)

NOF10 bagi saya sekadar mahu berhibur dan lebih kepada elemen kejutan berbanding seram. “Hantu” atau zombi tidak akan menyentuh kita. Hanya sekadar menjerit atau sergah untuk buat kita terkejut.

Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

3. Rumah Hantu

Secara peribadi terdapat beberapa rumah hantu yang menarik untuk dilawati. Antaranya Silent Hill, Summer Camp Nightmare, Whitechapel 2888 dan Bone Man.Jangan letak harapan tinggi untuk setiap rumah hantu yang anda lawati. Seperti saya katakan, ia sekadar hiburan.

Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

4. Keutamaan

Sila utamakan rumah hantu yang saya nyatakan di atas dan turut ambil peluang untuk merasai beberapa permainan di sana. Dua rumah hantu yang jadi pilihan terakhir anda termasuklah Horrorwood Studios, The Freezer dan Van Helsing.

Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

5. Makanan

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G

Di dalam Sunway Lagoon, makanan agak mahal, digalakkan untuk anda isi perut dulu sebelum masuk. Harga ais krim kon sebagai contoh berharga RM15, bertih jagung RM8 dan lain-lain.

Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

9. Keseluruhan

Secara keseluruhan, dengan harga tiket termasuk pas express yang agak mahal bagi saya kurang berbaloi. Rumah hantu biasa sahaja, tapi sesuai jika anda mahu berhibur. Alhamdulillah kami rasa bersyukur kerana dijemput oleh pihak vivo Malaysia. Perkara menarik, kami dapat menguji kualiti gambar yang ditangkap menggunakan telefon daripada vivo Malaysia.

Ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo

Gambar yang anda lihat ini semua ditangkap menggunakan telefon pintar daripada vivo. Kongsi pandangan anda tentang kualiti gambar yang kami tangkap sama ada cantik atau sebaliknya. Terima kasih kepada vivo Malaysia atas hospitaliti terbaik dan pengalaman ini akan diingati selalu.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pemerintah Indonesia Sekat Penjualan iPhone 16?

Lebih Aksi: Drama Bersiri One Cent Thief 2 : Digital Karma Bakal Menemui Penonton 2025