in ,

vivo V40 Lite Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Oktober Ini.

vivo Malaysia bakal membawa vivo V40 Lite ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober ini. Ini susulan kepada pelancaran vivo V40 dan V40 Pro pada bulan Ogos lalu yang menerima sambutan yang menggalakkan.

Tawaran terbaharu daripada vivo ini menggabungkan reka bentuk yang menarik, ciri-ciri canggih dan ketahanan luar biasa dengan sokongan pengecadan kilat 80W serta kesihatan bateri selama 4 tahun sekali gus menawarkan pengalaman telefon pintar yang tiada tandingan.

Diwujudkan untuk prestasi tahan lama, vivo V40 Lite menjanjikan pengalaman lancar selama empat tahun, termasuk kapasiti bateri 5000 mAh menjamin jangka hayat yang panjang.

vivo V40 Lite menampilkan reka bentuk yang ramping dan sofistikated yang mampu mencuri perhatian, seperti varian Titanium Perak. vivo V40 Lite hadir dengan paparan FHD+ AMOLED 6.67 inci serta dilengkapi dengan sistem AI Aura Light yang menawarkan cahaya 75 kali lebih lembut dan 8 kali lebih lebar daripada lampu suluh biasa, sekali gus memberikan pencahayaan yang sekata dan berkualiti studio.

Lagi artikel di ifon.my  Peluncuran siri iQOO Z9 5G warna Titanium oleh vivo Malaysia

vivo V40 Lite bakal dilancarkan di Malaysia bulan ini. Nantikan halaman rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi dan harga.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Lebih Aksi: Drama Bersiri One Cent Thief 2 : Digital Karma Bakal Menemui Penonton 2025