in ,

Peluncuran X200 19 November ini.

Setelah sebulan penantian, vivo Malaysia bakal memperkenalkan siri X200 berprestasi tinggi pada bulan ini.

X200 bakal mentransformasi cara tangkapan fotografi mudah alih dengan kanta ZEISS APO Telephoto 200MP termaju.

Dua model akan dilancarkan pada 19 November ini, iaitu X200 dan X200 Pro. Tambah bangga Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara melancarkan model segmen andalan ini.

Menggunakan slogan “Go Far Beyond Ultra” siri X200 bakal membuka pra-pesanan dengan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM1,787 termasuk satu tahun waranti tambahan, satu tahun waranti pelindungan skrin dan banyak lagi.

Selain itu, vivo Malaysia turut menawarkan tukar beli (trade-in) dengan rebat tambahan RM500 untuk menaik taraf ke siri X200.

Lagi artikel di ifon.my  vivo siri V40 Mencipta Imej Potret Bertaraf Profesional Sempena Nights Of Fright 10

Nantikan peluncuran siri X200 pada 19 November ini. Saya akan berkongsi lebih terperinci sewaktu majlis tersebut kelak.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

TGV Memperkenalkan INDULGE Coway BEREX

Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik