in ,

TGV Memperkenalkan INDULGE Coway BEREX

TGV Cinemas dan Coway BEREX hari ini memperkenalkan Pawagam Katil Pertama di Malaysia yang merupakan tilam pintar di TGV Suria KLCC.

Panggung INDULGE menjadi perintis dengan memperkenalkan Katil yang boleh dilaras serta mempunyai beberapa ciri-ciri khusus termasuk urutan tahap rendah, ruang pengecasan tanpa wayar, dan meja makan untuk keselesaan penonton.

Gabungan kemewahan serta teknologi tinggi menggunakan sistem bunyi ATMOS dan projektor laser sudah semestinya memberi kelainan sewaktu menonton.

Majlis ini juga turut diserikan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) menandakan permulaan kolaborasi inovatif ini antara TGV dan Coway.

Pihak kami berkesempatan untuk merasai pengalaman di INDULGE Coway BEREX, sewaktu baring di katil, ternyata memberi keselesaan serta hilang segala kepenatan. Malah, kami mencuba fungsi urutan yang bagi kami hanya getaran kecil dan tidak memberi kesan signifikan kepada badan, namun cukup untuk membezakan dengan katil biasa.

Sewaktu sesi soal jawab, kami ada bertanya kepada Ketua Pegawai Eksklusif TGV Mr. Tan Lay Han sama ada Coway BEREX akan diperluas ke panggung IMAX. Menurutnya, setakat ini Coway BEREX tertumpu kepada INDULGE dan lokasi seterusnya di Pavilion Damansara Heights, Sunway Pyramid dan lain-lain.

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah harga tiket bagi INDULGE Coway BEREX yang dijual pada harga RM120. Harga tersebut termasuk minuman alu-aluan (Welcome drink), bertih jagung Royal yang boleh ditambah tanpa had, menu utama, air serta pencuci mulut. Dengan harga RM120 bagi saya ia satu harga yang berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

INDULGE Coway BEREX sudah boleh ditempah bermula hari ini. Jika anda berminat boleh membuat tempahan di aplikasi TGV. Setakat ini INDULGE Coway BEREX hanya ditawarkan di TGV Suria KLCC. Jika anda sudah lama tidak berkunjung ke TGV Suria KLCC, pawagam di sana sudah mengalami perubahan radikal dari segi reka bentuk dan keselesaan.

Semua pawagam sudah dinaik taraf dengan Dolby ATMOS, kerusi boleh laras secara manual dan lain-lain. Jika anda kelapangan, boleh singgah di TGV Suria KLCC untuk melihat sendiri perubahan yang berlaku kepada pawagam ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menjelaskan Mengapa Butang Kuasa Diletakkan di Bawah

Peluncuran X200 19 November ini.