in ,

Ulasan Filem Pulau Hantu

Mengisahkan sekumpulan remaja yang baru menamatkan pengajian, telah bercuti dengan menaiki sebuah bot.Malangnya, satu kecelakaan berlaku menyebabkan bot mereka terdampar di sebuah pulau misteri.

Jurupandu bot bertungkus lumus untuk membaiki bot, manakala Dara, Noah, Lathi, Niki dan Pandu bersiar di sekitar pulau terbabit untuk dapatkan bantuan. Mereka cuba menggunakan telefon , malangnya tiada isyarat di situ.

Sewaktu mereka berjalan di tepi pantai, Noah terdengar suara gadis yang meminta tolong.Atas dasar kemanusiaan, Noah telah masuk ke hutan bersama Dara untuk mencari gadis terbabit.

Hari semakin gelap, dan mereka gagal menemui gadis terbabit.Mereka berdua mula berputus asa dan ingin mencari jalan keluar, malangnya mereka gagal. Malah sesuatu yang ngeri berlaku di situ menyebabkan keadaan menjadi huru hara.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Apa sebenarnya yang berlaku di Pulau terbabit dan suara siapa yang Noah dengar, anda perlu menontonnya.Secara peribadi, jalan cerita bagi saya tidak begitu rumit, malah pembinaan karektor juga mudah untuk difahami.

Filem ini padat dengan unsur-unsur negeri, jika anda menyukai babak tikaman, pembunuhan dan darah, Pulau Hantu ini sesuai untuk anda.Filem ini mempunyai unsur seram, walau bagaimanapun saya letakkan skala keseraman 3/10.

Satu kelemahan filem ini, kebanyakan babak berlaku dalam kondisi gelap.Banyak adegan yang ngeri berlaku, malangnya disebabkan terlalu gelap, kita tidak dapat melihat dengan jelas akan situasi yang berlaku.

Walau bagaimanapun, filem ini telah memberi kesan emosi dalam diri penonton.Berdasarkan maklum balas dalam kalangan penonton, rata-rata menyukai filem ini, malah ada yang meletakkan skala yang tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  This Land of Mine : Misteri Pulau Raksasa?

Filem berdurasi 1 jam 35 minit, mempunyai beberapa babak imbas kembali (flashback) yang menerangkan apa sebenarnya yang berlaku di Pulau terbabit.Satu sahaja teguran, hantu adalah hantu. Hantu tidak boleh mempunyai sifat seperti manusia.

Secara keseluruhan, bagi saya Pulau Hantu boleh ditonton bagi penggemar filem seram.Walakin begitu, jangan letakkan harapan yang tinggi, cukup sekadar ‘pop corn movie’ untuk menghilangkan rasa bosan.

Jangan lupa menonton Pulau Hantu di pawagam TGV Cinemas bermula hari ini.Jutaan terima kasih kepada TGV Cinemas atas penajaan tiket bagi 20 pemenang termasuk selebriti, KOL dan pemenang.

Rata-rata dalam kalangan pemenang meluahkan rasa puas hati menonton filem ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Switch Dipilih Sebagai Penjual Apple Berdaftar Terbaik di Malaysia

Ulasan Filem : Kraven the Hunter