Hari ini vivo Malaysia telah melancarkan dua model dalam segmen sederhana permulaan (mid-entry) iaitu vivo Y29 dan vivo Y39.

Telefon pintar ini menumpukan kepada tiga elemen utama iaitu ketahanan bateri luar biasa, ketahanan fizikal dan ciri-ciri hiburan.
vivo Y29 dan vivo Y39 dilengkapi dengan kapasiti bateri 6,500 mAh (BlueVolt) yang menawarkan pengalaman penggunaan peranti sehingga 73 jam serta hayatnya mampu bertahan sehingga lima tahun.

Kapasiti bateri yang besar ini sekali gus memberi kebaikan kepada golongan Pelajar yang ingin menggunakan peranti ini untuk pengajaran dan pembelajaran terutama melibatkan sidang video.


vivo Y29 dan vivo Y39 mempunyai binaan yang kukuh, penarafan IP64 bagi kalis air dan debu serta ketahan anti-jatuh. Jika anda mempunyai gaya hidup aktif, model ini sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah, bersukan dan sebagainya.

Satu pperkara yang menarik pada model bawah RM1,000 ia mendukung kadar segar semula 120Hz yang pasti menambah pengalaman saat membuat tatalan, bermain permainan mudah alih, menonton video dan sebagainya.
vivo Y29 dijual pada harga RM799, manakala vivo Y39 RM999 dan boleh dibeli bermula hari ini.