Pasaran telefon pintar hari ini semakin kompetitif. Namun vivo mengambil pendekatan berbeza menerusi pelancaran vivo Y31s dengan memberi fokus kepada tiga perkara yang paling dicari pengguna harian bateri tahan lama, ketahanan lasak dan prestasi yang boleh diharap.
Apa yang paling menarik perhatian sudah tentu bateri BlueVolt 6500mAh yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan pesaing dalam julat harga yang sama.

vivo mendakwa bateri ini mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal selepas sehingga 1,600 kitaran pengecasan, bersamaan kira-kira lima tahun penggunaan. Ia turut disokong pengecasan pantas 44W FlashCharge untuk memastikan pengguna tidak perlu terlalu lama menunggu peranti kembali penuh.
Dari sudut ketahanan, vivo Y31s hadir dengan penarafan IP68 dan IP69+, sesuatu yang jarang ditemui pada telefon sekitar RM1,200. Ia bukan sahaja tahan habuk dan air, malah turut melepasi standard ketenteraan MIL-STD-810H serta pensijilan SGS 5-Star Premium Performance bagi ketahanan jatuhan.
.jpg)
Ringkasnya, telefon ini direka untuk mereka yang sering bekerja di luar, memandu sepanjang hari atau sentiasa berada dalam persekitaran mencabar.
Prestasi pula digerakkan cip Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 yang dibina menggunakan proses 4nm, dipadankan dengan storan UFS 3.1 dan konfigurasi memori sehingga 12GB (6GB RAM + 6GB Extended RAM) bersama storan 256GB.
Gabungan ini sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk penggunaan harian, media sosial, navigasi, penstriman video dan permainan ringan.
Di bahagian hadapan, vivo membekalkan skrin LCD 6.72 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan sehingga 1050 nits.

Pengalaman multimedia turut dipertingkat menerusi sistem dwi-pembesar suara yang mampu mencapai tahap volum sehingga 400%, menjadikannya sesuai untuk penggunaan di kawasan bising.
Bagi penggemar fotografi, vivo Y31s menawarkan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 32MP bersama beberapa ciri AI seperti AI Erase, AI Photo Enhance dan rakaman bawah air.
Walaupun bukan telefon yang memfokuskan fotografi premium, spesifikasi ini sudah memadai untuk keperluan media sosial dan penciptaan kandungan harian.
Secara keseluruhannya, vivo Y31s bukanlah telefon yang cuba mengejar spesifikasi paling tinggi di atas kertas.
Sebaliknya, ia memfokuskan kepada perkara yang benar-benar penting untuk majoriti pengguna bateri besar, ketahanan tinggi dan pengalaman penggunaan yang konsisten.
Pada harga RM1,199, vivo Y31s dilihat sebagai pilihan yang menarik untuk mereka yang mahukan telefon tahan lasak dan tahan lama tanpa perlu berbelanja besar.

