in

GSC Ambil Tindakan Tegas Terhadap Individu Didakwa Rakam Spider-Man: Brand New Day

31 Julai 2026 – GSC Cinemas mengambil tindakan serius terhadap seorang individu yang didakwa merakam tayangan filem Spider-Man: Brand New Day di GSC IOI City Mall pada 30 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan selepas saya mengkritik sikap segelintir netizen yang gemar berkongsi rakaman dan spoiler filem di media sosial sehingga menjejaskan pengalaman penonton lain.

Pengguna X, @serraserrserra, mendakwa berlaku rakaman video di dalam pawagam berkenaan dan turut memuat naik bukti di platform tersebut. Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian GSC Cinemas yang meminta maklumat lanjut daripada pengguna berkenaan bagi membantu siasatan dan tindakan susulan.

Pada pandangan saya, tindakan GSC Cinemas sangat wajar. Merakam filem di dalam pawagam sebelum dimuat naik ke X, Threads atau platform lain ialah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana boleh merosakkan pengalaman penonton lain, selain berpotensi melanggar hak cipta.

Tindakan tegas GSC Cinemas ini juga menunjukkan bahawa isu rakaman di dalam pawagam dipandang serius. Ia sekali gus memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Lagi artikel di ifon.my  M3GAN 2.0: Aksi dan Emosi Berganda

Saya berharap pengendali pawagam lain turut mengambil pendekatan yang sama. Jika anda melihat mana-mana individu merakam filem ketika tayangan berlangsung, segera laporkan kepada kakitangan pawagam supaya tindakan dapat diambil.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Mungkin Perkenalkan Pelan iCloud+ Baharu untuk Pengguna Tegar AI

Feisk Productions Terus Berani Mencabar Kebiasaan Industri Perfileman Tempatan