in , ,

Captain America: Brave New World Menarik Tapi Perlu Ditambah baik

Filem ini merupakan keempat dalam siri Captain America dan filem 35 dalam MCU Penceritaan kali ini terarah kepada Sam Wilson (Captain America) yang mengambil alih peranan sebagai Captain America dan menghadapi ancaman musuh baharu.

Pelantikan Thaddeus Ross sebagai Presiden Amerika Syarikat telah berdepan satu konflik di mana Isaiah Bradley cuba untuk membunuh Presiden. Isaiah merupakan kawan baik Sam Wilson, bagaimana rakannya tergamak mahu membunuh Presiden, itu yang menjadi teka-teki.

Semuanya bermula sewaktu Sam Wilson telah menjalankan satu misi rahsia untuk membawa bungkusan yang cuba untuk dijual. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Anda perlu menontonnya.

Saya tidak boleh memperincikan tentang filem ini untuk mengelakkan sebarang kebocoran babak-babak menarik. Secara peribadi, filem ini adalah pembuka kepada legasi Avengers baharu yang bakal dipimpin oleh Sam Wilson.Filem ini memfokuskan kepada konflik, persahabatan, politik serta kepercayaan. Penceritaan bagi saya sedikit meleret, namun cukup untuk menggambarkan situasi yang berlaku. Setiap watak memainkan peranan penting termasuk babak pertarungan yang sengit.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem : Kraven the Hunter

Jika anda berharap filem ini penuh dengan aksi, pertarungan kuasa, ia bukan seperti yang anda gambarkan. Tidak keberatan jika saya katakan, filem ini adalah untuk memperkenalkan anda kepada Sam Wilson yang berperanan sebagai Captain America.

Imej Janaan Komputer (CGI) bagi saya biasa sahaja, tidak sehebat filem Marvel lain. Filem ini lebih kepada aksi drama yang penuh dengan konflik serta politik. Pertarungan antara Captain America dan Hulk Merah antara klimaks kepada penceritaan ini. Di sini kita boleh melihat kekuatan masing-masing terutama Sam Wilson yang memerlukan tindakan bijak dalam bertarung dengan Hulk.

Saya tidak akan memperincikan lagi tentang filem ini untuk mengelakkan sebarang kebocoran plot. Bagi saya, filem ini mukadimah kepada watak Sam Wilson dan kita akan melihat kepimpinannya dalam menyelesaikan masalah.Terdapat satu watak kameo dalam filem ini walaupun hanya sekejap. Filem ini mempunyai satu kredit pada akhir filem. Jangan keluar awal jika anda mahu mengetahui kesudahannya.

Lagi artikel di ifon.my  Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

Jutaan terima kasih kepada Marvel Malaysia kerana menjemput kami menonton filem ini.

Skala: 6/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Wantugo Bakal Jadi Filem “Squid Game” Malaysia?