in , ,

Spice Guys Bawa Pengalaman Makan Nasi Daun Pisang Pertama di Suria KLCC

Nikmati satu lagi daya tarikan menarik di pusat beli belah Suria KLCC dengan lahirnya Restoran yang bertemakan Nasi Daun Pisang yang dikenali sebagai Spice Guys.

Bertempat di tengah kota metropolitan, Spice Guys merupakan usaha kumpulan Continuum Hospitality Group dengan membawa masakan dari India Selatan yang diselitkan sentuhan Malaysia khusus untuk rakyat Malaysia serta pelancong pada harga berpatutan.

Bermula pada harga RM19.90 setiap set. Hidangan Nasi Daun Pisang di Spice Guys disertakan isi semula tanpa had (unlimited refills) sekali gus pelanggan dapat menikmati hidangan sepuasnya.

Selain nasi daun pisang, Spice Guys turut menyediakan nasi briyani serta pelbagai hidangan yang dicipta khas untuk memenuhi selera rakyat Malaysia dengan mengekalkan keaslian masakan tradisional India Selatan.

Dengan pembukaan cawangan pertamanya di Suria KLCC, Spice Guys mempunyai perancangan untuk mengembangkan sayap lebih luas, dengan matlamat membawa satu kecintaan terhadap nasi daun pisang ke lebih banyak lokasi di seluruh Malaysia. Disokong oleh Continuum Hospitality Group, kumpulan yang terkenal dengan jenama seperti Cili Kampung, Kikyo, Benihana dan Stefania, Spice Guys berpotensi menjadi nama besar dalam industri makanan Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  Michael Kors Melancarkan Jam Pintar Baharu.

Kami serta tetamu yang hadir telah dihidangkan pelbagai menu juadah yang menyelerakan termasuk nasi daun pisang, briyani, ayam Varuval dan banyak lagi. Menikmati hidangan yang menyelerakan disamping suasana yang eksklusif menjanjikan satu pengalaman yang istimewa buat kami semua.

Sekiranya anda mengidamkan pengalaman makan nasi daun pisang yang asli, berbaloi serta memuaskan, Spice Guys adalah destinasi yang tepat. Lawati Spice Guys di Lot 254, Tingkat 2, Suria KLCC, dan jadilah sebahagian daripada era baharu masakan Malaysia-India.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mickey 17: Eksplorasi Ke Planet Baharu, Penuh Dramatik

Juadah ‘Rahmah’ : Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton