in

Suria KLCC Menyambut Kemeriahan Hari Raya Melalui Keindahan Istana Maghribi

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik yang memukau, menjanjikan pengalaman istimewa buat pengunjung dengan sambutan Hari Raya yang gilang-gemilang, terinspirasi daripada keindahan Maghribi yang mempesona.

Menyambut Hari Raya pada 31 Mac dan 1 April, Suria KLCC akan memeriahkan suasana dengan perayaan selama sebulan, bermula dari 7 Mac hingga 13 April 2025.

Keindahan Istana Maghribi di Ruang Centre Court Suria KLCC akan dihiasi dengan palet warna biru diraja dan emas berkilauan, dihiasi kubah megah yang dipenuhi unjuran interaktif yang memukau.

Tanglung Maghribi akan memancarkan corak cahaya yang memikat, manakala lengkungan tradisional yang anggun menghidupkan suasana seolah-olah berada di halaman istana yang penuh keindahan.

Di Esplanade KLCC, lengkungan Moorish yang gagah berdiri dengan pencahayaan interaktif, menyediakan latar belakang yang sempurna untuk merakam kenangan manjelang Hari Raya.

Irama tradisional dan persembahan yang memukau akan memenuhi ruang udara dengan melodi Maghribi yang memikat serta rentak muzik tradisional Melayu melalui siri persembahan Tradisional Raya Tunes.

Pengunjung berpeluang menikmati alunan gitar Oud Arab dan gendang Maghribi di Centre Court pada 30 Mac dan hari kedua Hari Raya (1 April). Menambah kemeriahan, A Raya Dance Spectacle akan menyemarakkan Centre Court dengan tarian bertemakan Maghribi yang penuh makna.

Lagi artikel di ifon.my  TAMAN ORIENTAL MEKAR DI SURIA KLCC SEMPENA TAHUN BARU CINA

Penari-penari yang mengenakan kostum Maghribi yang menawan akan mempersembahkan tarian yang memadukan elemen budaya, keanggunan, dan tradisi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan istimewa ini pada 23 dan 29 Mac, serta pada hari pertama Hari Raya (31 Mac).

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai bengkel kreatif yang penuh inspirasi, bertemakan Hari Raya. Dalam Raya Coaster Workshop, pembeli-belah diajak untuk mencipta alas cawan mozek berwarna-warni sebagai kenangan istimewa, manakala Raya Floral Workshop membuka ruang untuk menghasilkan hiasan bunga yang memukau, menambahkan seri dan semangat perayaan.

Menambah keceriaan Syawal, ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro’ akan berlangsung di Suria KLCC pada 15 dan 16 Mac di Centre Court, Aras Concourse, bermula jam 3 petang hingga 6 petang.

Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama selebriti ternama dari lineup Raya 2025 Astro, termasuk Wani Kayrie, Dinda Dania, Miss Alvy, Hael Husaini, Zizan Razak, Nadeera Zaini, Raes Ariffin, Bulan Asyraff, Shazreen Shaharum, Ramlah Ram, Asfan, dan Keka. Ganjaran Istimewa untuk Pembeli-BelahSuria KLCC menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna dengan ganjaran eksklusif.

Lagi artikel di ifon.my  Spice Guys Bawa Pengalaman Makan Nasi Daun Pisang Pertama di Suria KLCC

Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus akan menerima e-Baucar RM100 serta satu set Sampul Raya Suria KLCC yang istimewa.

Bagi pembelanjaan RM10,000 dan ke atas, e-Baucar RM300, satu set Sampul Raya Suria KLCC, dan pemegang sampul mewah akan diserahkan. Lebih menarik, pembeli yang membeli e-Baucar Beli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100.

Tawaran istimewa ini terhad kepada 50 pembeli pertama, dengan satu penebusan bagi setiap pembeli. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC menawarkan Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas kepada pembeli yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM10. Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Novocaine : Sebuah Penceritaan Sinematik Mendebarkan Jiwa