in

Filem Angkat Tawar Tiket Serendah RM10 Termurah Pernah Ditayangkan di Malaysia

Satu berita gembira buat peminat filem tempatan. Filem Angkat, terbitan Feisk Productions, bakal mencipta sejarah sebagai filem pertama di Malaysia yang menawarkan harga tiket serendah RM10 sahaja.

Tawaran istimewa ini hanya boleh dinikmati sekiranya penonton membeli tiket antara 1 Ogos hingga 13 Ogos 2025.

Filem ini diarahkan oleh Feisal Azizuddin, dan mengisahkan tiga orang adik-beradik yang membawa jenazah ayah mereka untuk dikebumikan. Namun, dalam perjalanan itu, mereka berdepan satu kejadian tidak diingini yang memaksa mereka “mengangkat” jenazah ayah mereka demi menyelesaikan urusan pengebumian.

Dengan durasi selama 1 jam 30 minit, Angkat dibintangi oleh barisan pelakon berbakat seperti Firdaus Karim, Sky Iskandar, Syazani Zikry dan Sara Mack Lubis.

Lagi artikel di ifon.my  This Land of Mine : Misteri Pulau Raksasa?

Menurut Pengarah dan Penerbit Feisal Azizuddin, “Memotong harga tiket dari RM20 ke RM10 adalah satu tindakan berisiko bagi kami sebagai penerbit. Saya amat berharap orang ramai ambil peluang ini kerana ia bukan sesuatu yang sering ditawarkan mungkin juga langsung tidak pernah.”

Tindakan Feisk Productions menurunkan harga tiket bukan sekadar promosi, tetapi satu pengorbanan besar demi memastikan filem ini dapat ditonton oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sebelum ini, banyak filem indie hanya mampu bertahan di pawagam selama satu atau dua minggu kerana kurang sambutan.

Inilah masanya untuk kita sebagai penonton memberi sokongan penuh kepada karya tempatan. Ayuh ke pawagam dan jadikan filem Angkat sebagai permulaan kebangkitan filem indie Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  This Land of Mine : Misteri Pulau Raksasa?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Rego Nyowo

Podcast : Abah Saya Uncle Mike, Kisah Benar Tentang Semangat Kebangsaan Yang Menyentuh Hati