Peruncit elektronik terkenal, CG Computers, meraikan ulang tahun ke-30 dengan melancarkan Kempen Cabutan Bertuah 30 Tahun khas buat ahli program kesetiaan Switch dan Urban Republic (SURE).
Bermula daripada sebuah kedai Switch di Pulau Pinang pada tahun 1995, CG Computers kini mengendalikan lebih 250 cawangan di seluruh Malaysia.

Perjalanan panjang ini hanya mampu dicapai dengan sokongan padu para pelanggan, dan kempen ini adalah tanda penghargaan buat mereka.

Kempen yang berlangsung dari 2 Jun hingga 28 Disember 2025 ini menawarkan hadiah mingguan bernilai sehingga RM500,000 untuk pelanggan yang berbelanja di Switch atau Urban Republic (kedai fizikal atau dalam talian) menggunakan MyDebit atau DuitNow QR.

Kendatipun begitu, pembelian melalui kad kredit atau secara ansuran terkecuali dari menyertai kempen ini. Pembeli boleh menggunakan medium pembayaran seperti di atas tanpa spesifik bank diperlukan.


Paling menarik, hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik sepenuhnya, Proton e.MAS menanti pemenang bertuah.

Kerjasama dengan CIMB dan Payments Network Malaysia (PayNet) menjadikan sambutan ini lebih istimewa, selain menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan tanpa tunai.
Kunjungi mana-mana cawangan Switch dan Urban Republic dan berbelanja untuk memenangi hadiah menarik setiap minggu.