in ,

Evil Dead Burn Tampil Dengan Babak Paling Memualkan Dalam Francais Evil Dead

Selepas kejayaan Evil Dead Rise (2023), francais Evil Dead kembali dengan Evil Dead Burn, sebuah filem yang membawa tahap keganasan ke satu aras yang jauh lebih ekstrem.

Naskhah keenam dalam siri ikonik ini diarahkan oleh Sébastien Vaniček bersama Florent Bernard, manakala Rob Tapert dan Sam Raimi kembali bertindak sebagai penerbit bagi meneruskan legasi francais seram yang sudah bertahan selama beberapa dekad.

Secara ringkas, Evil Dead Burn mengisahkan sekumpulan individu yang terpaksa berjuang untuk terus hidup selepas kuasa jahat Deadites kembali mengganas.

Apa yang bermula sebagai satu insiden misteri bertukar menjadi mimpi ngeri apabila entiti tersebut mula menguasai manusia dan mencetuskan pembunuhan yang kejam serta mengerikan.

Secara peribadi, saya boleh menganggap Evil Dead Burn sebagai sebuah filem super ngeri yang sudah pasti bakal membuatkan sebahagian penonton berasa loya ketika menyaksikan beberapa babak yang dipaparkan.

Lagi artikel di ifon.my  Drop : Cemas dan Mendebarkan

Malah, sepanjang tayangan berlangsung, rata-rata penonton kelihatan tidak senang duduk, malah ada yang beberapa kali menutup mata kerana tidak sanggup melihat adegan yang terlalu ekstrem.

Apa yang menarik, Evil Dead Burn bermula dengan tempo yang pantas (fast pace). Tiada masa untuk penonton berasa bosan kerana sebaik sahaja filem bermula, anda terus dihidangkan dengan babak suspen, serangan tanpa henti dan suasana mendebarkan yang berjaya mengekalkan ketegangan sehingga ke penghujung tayangan.

Jika dibandingkan dengan Evil Dead Rise, saya masih berpendapat filem tersebut menawarkan penceritaan yang lebih tersusun dan menarik. Namun, apabila berbicara soal tahap kekejaman, adegan gore dan babak yang benar-benar memualkan, Evil Dead Burn jelas mengatasi pendahulunya.

Bagi saya, satu babak yang paling sukar untuk ditonton ialah adegan menghirup gigi palsu. Adegan itu benar-benar membuatkan saya berasa tidak selesa dan merupakan antara babak paling memualkan yang pernah saya saksikan dalam filem seram.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Elio: Menyuntik Kasih Sayang Dan Hadiah Hari Bapa

Jadi, jika anda bercadang membeli makanan sebelum masuk ke pawagam, saya nasihatkan supaya menghabiskannya ketika iklan masih dimainkan sebelum tayangan bermula. Ada beberapa babak dalam filem ini yang mungkin membuatkan selera anda hilang serta-merta.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian, jangan keluar sebaik sahaja kredit penutup bermula. Evil Dead Burn mempunyai dua babak selepas kredit (post-credit scenes) yang berbaloi untuk ditunggu.

Secara keseluruhannya, saya menganggap Evil Dead Burn sebagai filem seram paling ngeri dan paling memualkan yang pernah saya tonton setakat tahun ini. Dari sudut intensiti babak seram dan gore, saya memberikan 8.5/10. Manakala bagi keseluruhan penceritaan, filem ini masih berjaya memberikan pengalaman yang menghiburkan dengan skor 8/10.

Skor Keseluruhan: 8/10
Tahap Ngeri & Memualkan: 8.5/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Jalankan Pengumpulan Data Peta Apple Menerusi Sistem Pejalan Kaki (Beg Galas) di Malaysia